Raiola telah memulakan kerjanya

0

Ejen Paul Pogba, Mino Raiola telah memulakan perbincangan dengan PSG mengenai perpindahan keluar Paul Pogba dari Manchester United pada musim baru ini.

Menurut laporan dari akhbar dan media Perancis, Foot Mercato, PSG dalam persediaan untuk membuat tawaran rasmi pemain tersebut.

Ada juga laporan yang dikeluarkan menunjukkan perbincangan pengarah sukan PSG Leonardo dan Riola telah pun berlangsung.

Mauricio Pochettino telah membawa masuk secara percuma bekas pemain Liverpool, Gini Wijnaldum. Namun dia masih lagi mahu seorang pemain tengah sebelum tamat jendela perpindahan pada musim baru nanti.

Selain itu, Riola dan Pogba juga telah secara terbuka ada mengakui masa depannya kemungkinan akan berhijrah ke PSG atau Real Madrid akan berlaku.

Pogba yang mempunyai baki 1 tahu kontrak di Old Trafford. Masa semakin suntuk untuk menentukan masa depan kariernya. Jika United tidak memperbaharui kontraknya tersebut, United akan kehilangan Pogba buat kali kedua dalam sejarah. United harus membuat keputusan segara sama ada menjualnya atau menawarkan kontrak yang lumayan kepada Pogba.

Namun begitu, PSG juga ada dikhabarkan ingin membawa masuk pemain bintang Portugal Cristiano Ronaldo. Secara logiknya, hanya salah seorang daripada mereka yang akan ditandatangai kerana gaji kedua-dua pemain ini sangat mahal.

Siapakan yang akan menjadi kepentingan utama yang perlu didahulukan oleh PSG?

PSG merupakan sebuah pasukan yang kaya. Mereka mampu menawarkan kontrak-kontrak lumayan kepada pemain-pemain bintang bagi meralisasikan impian mereka memenangi trofi kejuaraan eropah.

Realistiknya PSG akan memilih Pogba kerana di bahagian serangan mereka sudah memiliki pemain bintang muda Perancis Kylian Mbappe serta Neymar.

Pasukan lain seperti Real Madrid, Barcelona dan Juventus juga berminat dengan Pogba. Namun keadaan kewangan pasukan mereka tidak menentu pada waktu ini.

Nilai Pobga dijangka tidak kurang daripada 90 juta pounda tau lebih disebabkan prestasi yang begitu bagus dia pamerkan ketika di kejohanan Euro 2020. United berpeluang untuk mendapat suntikan dana baru untuk pemain di posisi lain.

- Advertisement -