Rafael Varane Masih Berteka-teki

0

Selepas kekalahan Perancis di tangan Switzerland pada pusingan 16 pasukan terbaik, Rafael Varane dilihat menyepikan diri dari media sosial.

Manchester United Masih belum mendapatkan kata putus dari Varane dan juga Real Madrid mengenai perpindahan pemain itu ke Old Trafford.

Varane baru sahaja menghantar sekeping gambar di Instagramnya dengan memperlihatkan dia sedang bercuti dan merehatkan diri bersama keluarga. Perkara ini bagus untuk pemain bola speak untuk merehatkan badan dan tidak memikirkan perkara mengecewakan yang telah berlaku.

Pemain antarabangsa Perancis ini masih belum menentukan masa depannya sama ada mahu memperbaharui kontrak bersama Real Madrid atau berpindah ke Manchester United. Khabar angin juga mengatakan yang Paris Saint-Germain juga ingin mendapatkan khidmatnya di sana setelah berjaya mendapatkan Sergio Ramos secara percuma.

Minggu lepas, ESPN melaporkan United semakin hampir mendapatkan Varane. Para peminat United begitu teruja dengan perkembangan ini. Akhirnya, Harry Maguire akan mendapat pasangan yang ideal untuknya beraksi bersama.

Real Madrid juga dilaporkan mahu menawarkan kontrak baru kepada Varane tetapi United perlulah memberikan tawaran lumayan untuk Varane berpindah ke England.

Untuk berunding dengan Real Madrid bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Real Madrid juga tidak mahu menjual Varane dengan harga yang mudah walaupun kontraknya berbaki setahun sahaja lagi.

United perlu berunding dengan segera dan teratur agar aksi menentang Leeds United pada 14 Ogos depan, kita dapat melihat beberapa pemain baru mewarnai prestasi United supaya lebih gemilang untuk musim depan.

- Advertisement -