Punca kegagalan United dapatkan pemain tengah bertahan(DM)pada pasaran perpindahan lepas

0

 

05E43B3B-46C1-4512-8BB4-FE692B6FEB12

Beberapa maklumat menarik yang telah dinyatakan mengenai pergerakan perpindahan Manchester United musim panas ini.

Dalam maklumat itu dinyatakan bahawa alasan disebalik kegagalan United mendapatkan pemain tengah bertahan(DM)pada minggu akhir pasaran perpindahan yang lalu.

Manchester United boleh dikatakan sebagai salah satu kelab yang paling aktif di pasar perpindahan musim panas tahun 2021 dimana Mereka telah membawa empat pemain ke Old Trafford, salah satunya adalah Cristiano Ronaldo.

Dilaporkan secara meluas bahawa Manchester United ingin membawa pemain kelima iaitu pemain tengah pada hari terakhir pasaran perpindahan namun dinyatakan bahawa kelab itu ada alasan tersendiri disebalik kegagalan mereka mendapatkan pemain tengah.

Hal itu telah didedahkan oleh Manchester Evening News mereka melaporkan bahawa Manchester United sengaja tidak membawa masuk pemain tengah pada tarikh akhir kerana mereka ada sebab khusus mengapa tidak membawa pemain tengah yang baru.

Menurut laporan itu, Manchester United benar-benar mahukan pemain tengah baru musim panas ini tetapi menjelang penutupan pasaran perpindahan, mereka mempunyai sedikit pilihan Kerana beberapa pemain yang mereka ingin dapatkan tidak dibenarkan pergi oleh kelab mereka.

Manakala pemain yang boleh mereka dapatkan dianggap tidak dapat mengubah permainan United. Oleh itu, mereka memutuskan untuk menyimpan dahulu wang mereka daripada membeli pemain secara panik.

Menurut laporan itu, Manchester United masih akan berusaha membawa pemain tengah yang baru.

Tetapi mereka akan mengejar pemain tengah sasaran mereka pada musim depan.Bukan hanya itu mereka juga dikatakan sedang giat memburu pemain berposisi penyerang.

Manchester United dilaporkan mengumpulkan dana mereka untuk mendapatkan pemain sasaran impian mereka musim depan.

Laporan itu juga mendedahkan individu pemain tengah yang menjadi sasaran United musim depan.

Nama yang dikatakan menjadi sasaran impian mereka adalah pemain tengah West Ham Declan Rice.

- Advertisement -