Bekas pemain Manchester United Luis Nani mengakui bahawa dirinya berharap bekas rakan sepasukannya Cristiano Ronaldo untuk terus kekal di Old Trafford dan berjuang untuk menaikan kembali kegemilangan United seperti dulu.
“Saya harap dia kekal kerana dia pemain penting dan pemain yang sentiasa membuat perubahan. Saya berharap dia berada dalam mood yang baik untuk membantu kelab dan terus terang saya kata dia harus kekal disitu.”
Nani juga mendedahkan dia pernah mencuba untuk bercakap dengan Ronaldo untuk memujuk pemain itu.
“Saya cuba bercakap dengannya tetapi dia berkata, ‘Saya sangat sibuk sekarang, kita akan berbincang di kemudian hari”.