Pujian ini dapat membuat Marcus Rashford terbang lebih tinggi

0

Penampilan keseluruhan pemain Manchester United menentang Granada agak baik. Namun, ada satu nama yang menonjol di antara 15 pemain yang mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut, iaitu Marcus Rashford.

Rashford memulakan pemain dalam kesebelasan utama ketika Manchester United bertemu Granada pada perlawanan pertama suku akhir Liga Europa di Los Carmenes, telah menghasilkan gol pembukaan bagi United pada minit ke-31.

Gol pemain berusia 22 tahun itu berpunca daripada hantaran cantik dari Victor Lindelof yang menyaksikan dia berdepan dua pemain Granada termasuk penjaga gol. Namun, Rashford berjaya mencetak sebagai penjaring gol pertama United pada malam itu.

Kemudian pada minit-minit terakhir perlawanan, United terus menambah duka dengan sepakan penalti dari Bruno Fernandes yang berjaya disempurnakan dengan baik walaupun ade kuisan yang dilakukan penjaga gol lawan. Dua gol dari permainan di tempat lawan pastinya menjadikan Manchester United merupakan pilihan serta berpeluang cerah untuk melangkah ke separuh akhir.

Bekas pemain tengah United, Owen Hargreaves, memberikan pujian dengan karakter yang di pamerkan oleh Marcus dalam perlawanan tersebut.

“Marcus benar-benar hebat, dia menjadi nadi utama dalam pasukan Manchester United. Kita boleh lihat dia lebih suka bermain di sebelah kiri, di mana dia dapat berlari dengan bebas ke tempat kosong,” katanya kepada BT Sport.

“Dia telah memberikan persembahan yang bagus untuk Manchester United. Sentuhannya sangat bagus, dia dapat berlari dari belakang atau dari jarak dekat. Marcus adalah kunci kemenangan bagi kelab ini,” lanjutnya.

Rashford telah mengumpulkan 20 gol dalam 47 penampilan dalam pelbagai pertandingan musim ini, dua gol kurang daripada musim terbaiknya pada musim lalu. Di samping itu, dia telah memberikan 12 bantuan untuk rakan sepasukannya menjaringkan gol.

Lapan daripada 20 gol diciptakan dalam pertandingan Eropah, iaitu Liga Juara-Juara dan Liga Europa. Rekod ini berjaya menjadikannya setaraf dengan legenda The Red Devils yang terkenal, Bobby Charlton.

Tidak ada pemain Inggeris selain Rashford yang dapat membuat menyamai rekod tersebut sejak Bobby Charlton. Dan rekod ini jika kita lihat ia merupakan pencapaian cemerlang Bobby Charlton pada musim 1964/65, atau 56 tahun yang lepas.

- Advertisement -