Berita Terkini

Pujian David de Gea kepada Phil Jones selepas kekalahan ke atas Wolves

Pujian-David-de-Gea-kepada-Phil-Jones-selepas-kekalahan-ke-atas-Wolves

Manchester United telah dikalahkan 0-1 oleh Wolves di Old Trafford malam tadi.

Tidak ramai pemain yang mempamerkan aksi mereka yang sebenar. Raphael Varane cukup bagus, dan David de Gea juga tidak melakukan banyak kesilapan.

Phil Jones telah di bawa masuk untuk bermain dalam penampilan pertamanya musim ini selepas dua tahun tidak bermain. Dia telah menunjukkan persembahan yang baik dari segi bertahan.

De Gea dan Jones adalah dua pemain di kelab itu yang kekal daripada skuad terakhir Sir Alex Ferguson yang memenangi gelaran liga pada 2013 dan pemain Sepanyol itu memuji pemain pertahanan itu selepas perlawanan.

Kini, pemain United nampaknya mendiamkan diri selepas pergelutan yang berlaku pada musim ini yang tidak bertambah baik selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

Selain De Gea, Luke Shaw dan Ralf Rangnick juga memuji Jones, yang telah berehat panjang akibat daripada kecederaan tetapi telah mendapat tempat dalam kesebelasan utama tanpa kehadiran Harry Maguire, Victor Lindelof dan Eric Bailly. Persembahan Jones adalah satu-satunya yang positif daripada persembahan semalam.

Rangnick dijangka akan membawa falsafahnya ke Old Trafford. Akan tetapi, selepas daripada setengah jam pertama penampilan sulungnya menentang Crystal Palace, masih tidak ada tanda-tanda tersebut.

Jones berharap untuk mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama apabila United akan melayan kunjungan Aston Villa dalam Piala FA pada malam Isnin. Berdasarkan bukti persembahannya malam tadi, dia adalah salah satu daripada segelintir pemain yang melakukannya dengan baik.

Sumber dari wartawan sukan Sam Person United in Focus

Dapatkan barangan United di shopee https://shp.ee/y2f7g5z

Lain-Lain Artikel