Pujian bermakna David Moyes ke atas McTominay

Moyes telah memberikan komen yang menarik mengenai McTominay.

0 99

Sangat jarang kita mengambil kisah mengenai pendapat seorang bekas pengurus terburuk dalam sejarah united pada sebelum ini. Biarlah ia menjadi kenangan. Tetapi pada kali ini, Moyes telah memberikan komen yang menarik mengenai McTominay. Ade udang disebalik mee?

Dalam akhbar The Times, David Moyes telah memilih McTominay sebagai salah seorang pemain yang akan menyinar dalam euro 2020 ini bersama-sama dengan Kevin de Bryune dan Ruben Diaz.

Moyes sangat terganggu dengan perkembangan McTominay pada musim ini. Dia merupakan pemain yang mengakibatkan pasukan West Ham berada dalam masalah sewaktu West Ham tewas di masa tambahan dalam kempen piala FA musim ini. McTominay menjaringkan gol kemenangan United pada ketika itu.

Moyes berkata,”Perkembangan McTominay sebagai seorang pemain amat bagus pada musim ini. Dia menjadi di antara pemain utama United di bahagian tengah pada musim ini.”

“Saya sedikit terganggu dengan semangat juangnya ketika berada di atas padang pada waktu bertemu dengan pasukan kami.”

“Dia dilihat mempunyai kepimpinan yang bagus dan ‘mentality’ kemenangan pada usia muda. Ini yang United ingin terapkan pada pemain-pemain muda mereka ada. Dalam perlawanan akhir piala Europa, saya merasakan dia adalah pemain terbaik perlawanan.”

Dalam pada itu pengkritik bola sepak, Graeme Souness juga ada memuji McTominay .

“Dia akan menjadi pemain penting bagi pasukan scotland pada euro 2020 kali ini. Anda mungki. Merasakan diri ya kerdil di united, tetapi untuk pasukan scotland dia bakal menjadi tunggak utama dalam pasukan.”