Presiden PSG campur tangan dalam usaha yakinkan Pogba ke PSG

0

Kelab gergasi eropah PSG dikatakan serius untuk mendapatkan Paul Pogba pada musim panas ini setelah Presiden mereka, Nasser Al-Khelaifi dilaporkan campur tangan dalam meyakinkan pemain tengah itu untuk berpindah ke Paris.

Masa depan Pogba di Manchester United menjadi tanda tanya ramai pihak.Kontrak pemain tengah di Old Trafford akan berakhir pada musim panas 2022 dan setakat ini tidak ada petanda bahawa dia akan melanjutkan kontraknya.

Setakat ini terdapat beberapa pasukan gergasi Eropah yang sedang memantau situasi pemain tengah itu dan Salah satunya adalah kelab kaya-raya PSG.

Menurut laporan dari Foot Mercato, PSG dikatakan sangat serius untuk menandatangani Pogba.Sejauh ini mengikut pada sumber terdekat presiden mereka dilaporkan telah campur tangan untuk meyakinkan Pogba.

Menurut laporan itu, Al-Khelaifi nekad membawa Pogba ke Perancis.Dia berpendapat pemain tengah itu adalah antara pemain tengah terbaik di dunia. Jadi Pogba dianggap dapat membantu PSG menguasai bola sepak Eropah pada musim depan.

Pogba dilaporkan aktif berkomunikasi dengan Al-Khelaifi baru-baru ini.Pemain tengah itu dilaporkan cukup berminat dengan projek yang ditawarkan oleh Presiden kepadanya.

Menurut laporan itu, ada satu halangan yang menghalang perpindahan Pogba ke PSG.Itu adalah bayaran perpindahan pemain tengah itu. Manchester United dilaporkan enggan menurunkan yuran perpindahan Pogba di bawah 80 juta euro.

PSG menganggap harganya terlalu mahal dan hanya mahu membawa Pogba sekiranya harga diberikan pemotongan separuh.

Dalam pada masa yang sama,Manchester United dilaporkan enggan menjual Pogba pada musim panas ini.Mereka dilaporkan akan berusaha mengekalkan pemain tengah itu dengan memberinya kontrak baru dalam masa terdekat.

- Advertisement -