Apa yang paling ditakuti oleh pemain sebelum Piala Dunia ialah dengan isu kecederaan. Kebanyakkan pemain akan menjaga kecergasan mereka kerana tidak mahu terlepas dalam kejohanan berprestij tersebut..
Bagi pemain pertahanan United, Raphael Varane, dilaporkan telah mencapai kemajuan yang baik dalam perjuangannya untuk membuktikan kecergasannya menjelang Piala Dunia bulan ini.
Seperti diketahui sebelum ini Varane mengalami kecederaan paha semasa United seri 1-1 menentang Chelsea di Stamford Bridge..
Ketika itu aksi yang baik dari Varane namun momen ketika cuba menangani penyerang Blues Pierre-Emerick Aubameyang dia mendapat kecederaan tersebut
Ketika itu jelas Varane beremosi apabila mengalami kecederaan dan rakan sepasukan cuba menenangkannya. Mungkin Varane amat terkesan takut tidak tersedia dalam Piala Dunia akibat kecederaan itu
Pemenang empat kali UCL itu terlepas empat perlawanan terakhir United.
Menurut akhbar Perancis L’Equipe, bekas bek tengah Real Madrid itu kelihatan akan memenangi perlumbaan untuk membuktikan kecergasannya.
Ia mungkin akan didapati sebelum Didier Deschamps menamakan 26 pemainnya untuk ke Qatar.
Laporan daripada L’Equipe menyatakan:
“Raphael Varane telah meneruskan larian di atas permaidani sejak beberapa hari kebelakangan ini.”
“Selepas Clairefontaine memberi rawatan untuk kecederaannya, pemain pertahanan pasukan Perancis itu lebih baik dan kekal dalam masa pemulihannya yang diumumkan.”
Perancis, yang telah diundi bersama Denmark, Australia dan Tunisia dalam Kumpulan D, menentang Socceroos dalam perlawanan pembukaan mereka dalam masa 15 hari.
Berdasarkan kemas kini kecergasan Varane yang memberangsangkan, pemenang Piala Dunia itu mungkin cergas dan bersedia untuk mengambil tempat dalam kesebelasan utama Perancis dalam permulaan kejohanan
Sumber : Man Utd News