Posisi baru buat Mctominay yang akan korbankan tempat Fred

0

032BB45F-FAD0-4A55-A5EC-F8A4B02CD9475E6E2526-7613-4EDB-9FD0-0E11DFFEDA0D

Menurut laporan terbaru,pemain tengah Manchester United Scott McTominay kini sedang giat berlatih di bawah pengawasan staf kejurulatihan Manchester United seperti Michael Carrick dan Kieran McKenna untuk menerapkan  posisi baru buat pemain dari Scotland itu.

McTominay yang sering bermain berpasangan dengan Fred di bahagian tengah dikatakan gagal memberikan impak yang berkesan kepada barisan pertahanan ketika mendapat serangan dari pihak lawan.

Sebenarnya, banyak pihak menuduh duo ini sebagai penyebab keputusan buruk yang diterima Manchester United dalam lima perlawanan terakhir dimana United hanya mampu memenangi dua daripada lima perlawanan tersebut. 

Menurut sumber,Solskjaer dilaporkan mahu mengubah strategi untuk perlawanan itu selepas rehat antarabangsa berakhir.

Pengurus dari Norway itu mahu memaksimumkan kemampuan Bruno Fernandes dan Paul Pogba dalam formasi 4-3-3.

Oleh itu, seperti yang dilaporkan oleh Athletic, Scott McTominay dijangka akan ditugaskan sebagai pemain tengah bertahan sahaja.Untuk menyelesaikan masalah itu pemain ini dikatakan akan diberi bimbingan dari ‘pakar’ seperti Carrick.

Selain Carrick, McTominay juga akan mendapat tunjuk ajar dari McKenna.Kedua-dua jurulatih itu dikatakan akan berusaha untuk meningkatkan kemampuan McTominay dari segi kedudukan dan jangkauan dalam memberikan hantaran menjadi lebih baik.

Peranan pemain tengah bertahan sangat jarang diberikan kepada McTominay.Walaupun menjadi salah satu daripada dua pemain tengah dalam formasi 4-2-3-1, peranan penuh sebagai pemain tengah bertahan kebanyakannya diserahkan kepada Fred.

Walaupun masih baru, McTominay diyakini tidak menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan peranan sebagai pemain tengah bertahan Kerana bersama skuad Scotland pemain ini sering menjadi pemain pertahanan di peringkat antarabangsa.

McTominay dijangka akan memainkan peranan ini ketika Manchester United bertemu Leicester City di Liga Perdana inggeris.Perlawanan akan diadakan pada hujung minggu depan, Sabtu.

- Advertisement -