Pogba tidak puas hari dengan pengadil

0 1

Pemain tengah Manchester United Paul Pogba mendedahkan bahawa dirinya tidak akan sesekali memberi banyak tomahan mengenai mutu pengadilan Kevin Friend dalam pertembungan dengan Burnley.

Pogba mengakui bahawa beberapa keputusan yang dilakukan pengadil perlawanan ini serba sedikit banyak merugikan United. nMeskipun Manchester United berjaya membawa balik tiga mata penuh namun ada beberapa insiden yang membuatkan Pogba tidak berpuas hati dengaan Kevin Friend.

Bermula dari insiden terjahan keras pertahanan Burnley Robbie Brady ke atas Edinson Cavani dan jika diihat pada kekasaran ini Brady harus dikenakan layangan kad merah kerana menghentikan peluang untuk menjaringkan gol. Kemudian ada insiden gol Harry Maguire yang dibatalkan kerana pengadil menganggap Maguire melakukan kekasaran terhadap Erik Pieters.

“Tentu sukar tetapi anda harus bertindak secara profesional dan kami tahu situasinya sukar dengan keputusan pengadil, yang saya tidak setuju,” kata Pogba kepada Sky Sports. “Namun, saya bukan bos di dalam padang, jadi kami hanya perlu tenang dan tetap fokus dan pada akhirnya kami menjaringkan gol dan menang. Kami tahu perlawanan hari ini akan menjadi sangat sukar, sangat sukar, dan jelas kami mahu menang. Kami tahu tidak mudah untuk bermain di sini,” sambung Pogba.

“Kami meraih tiga mata dan kami gembira untuk itu, tetapi perjalanan masih panjang dan sekarang kami harus memfokuskan kembali sehingga akhir musim.

Sumber: Sky Sports