Pogba terbuka hati untuk kekal lebih lama di Old Trafford

0

Berita baik datang untuk Manchester United kerana Pemain tengah mereka Paul Pogba dilaporkan berminat untuk kekal lebih lama di Old Trafford.

Pogba kini berada di ambang keluar dari Manchester United.Ini kerana kontrak pemain tengah itu akan tamat pada musim panas 2022.

Sejak kebelakangan ini, Pogba sering digosipkan akan meninggalkan Manchester United untuk berhijrah ke PSG yang berminat terhadap khidmatnya.

Meskipun begitu menurut The Athletic,Pogba dikatakan terbuka untuk bertahan di Manchester United.Menurut laporan itu, Pogba sejauh ini gembira bermain di Manchester United.

Dia merasakan United mengalami perkembangan yang positif dibawah Solskjaer dan ia yakin bahawa United akan menjadi calon kuat untuk menjadi juara.

Selain itu Pogba juga gembira melihat United yang membuat pelaburan serius untuk memperkuat pasukan mereka dan oleh disebabkan itu ia masih terbuka untuk bertahan.

Dalam laporan sama,Jika ia kekal di Manchester United, dia akan menerima gaji yang sangat tinggi.Dimana Manchester United bersedia membayarnya gaji sebanyak 400 ribu pound seminggu.Naik 110 ribu pound dari gaji sekarang.

Dengan gaji seperti itu, Pogba akan menjadi pemain dengan gaji tertinggi di Liga Perdana musim depan.

Pogba kini sedang bercuti di Amerika Syarikat selepas Euro 2020.Dia dipercayai akan kembali ke Carrington pada hujung bulan ini.

- Advertisement -