Pogba selangkah lagi untuk memasuki geng elit Manchester United

Paul Pogba hanya satu langkah dari membuat mercu tanda kariernya di Manchester United.

0 251

Sekiranya Pogba bermain dalam perlawanan menentang Leeds United di Elland Road, Pogba akan memasuki geng elit di United.

Paul Pogba akan membuat penampilan ke-200 untuk Manchester United jika dia bermain menentang Leeds. Menariknya, pemain Perancis itu juga membuat penampilan sulung di pasukan pertama di ibu pejabat Leeds.

Seperti yang dilaporkan oleh Manchester Evening News, hanya ada 102 pemain yang berjaya membuat 200 penampilan dalam sejarah pasukan The Red Devils. Pogba bakal berada dalam senarai tersebut.

Hanya Marcus Rashford dari skuad semasa yang berjaya membuat penampilan lebih banyak daripada Pogba sepanjang karier mereka bersama United. Sekiranya Pogba bersedia menandatangani kontrak baru dan bersedia untuk meneruskan masa depannya di Old Trafford, dia akan berjaya menyamai rekod pemain United yang hebat di era moden ini.

Pemain hebat yang termasuk dalam senarai geng elit di Manchester United termasuk Ryan Giggs, Paul Scholes dan Sir Bobby Charlton. Paul Pogba akan menjadi pemain ke-103 dalam kumpulan eksklusif tersebut.

Paul Pogba merupakan pemain lulusan akademi Manchester United, hampir satu dekad. Dia telah meninggalkan Old Trafford dan mengembangkan kariernya di Juventus.

Namun, pada tahun 2016 dia dibawa kembali oleh United dengan perpindahan memecahkan rekod dunia. Pada masa itu, United terpaksa membelanjakan 89 juta pound.

Sejak itu, kerjayanya di United mungkin tidak mencapai sasaran yang diharapkan. Namun, baru-baru ini di bawah bimbingan Solskjaer terdapat perkembangan positif. Pogba mula kembali ke tahap terbaik dan menikmati permainannya. Kehadiran Bruno dan gandingan Poga bersama Bruno kian menjadi perhatian pada ketika ini.