Pogba sampaikan mesej kepada Rashford dan Sancho

0

Paul Pogba telah memberikan kata-kata semangat kepada rakan-rakan pemainnya yang gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Pemain Manchester United, Marcus Rashford, pemain bintang baru Jadon Sancho dan pemain muda Arsenal Bukayo Sako gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika England tewas dalam penentuan penalti menentang Itali.

Pogba telah memberitahu yang dia bangga dengan ketiga-tiga pemain muda England ini setelah memberikan kata-kata semangat dalam media sosial miliknya. Pogba memberikan pendirian sokongan ke atas mereka bertiga ini dan jangan kecewa malah patut berasa bangga dengan kualiti yang mereka miliki.

Ketia-tiga pemain ini telah telah menjadi mangsa kata-kata berbaur perkauman di media sosial milik mereka. Mereka telah dikencam oleh para peminat mereka sendiri disebabkan kegagalan menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Scott McTominay di antara yang terawal yang bersuara ketika kata-kata berbaur perkauman dilemparkan kepada mereka bertiga dan mengharapkan mereka bertiga ini melupakan perkara tersebut dan terus maju kehadapan.

Selain itu, lagenda United, Nicky Butt dan Rio Ferdinand juga ada memberikan sokongan moral kepada gandingan England tersebut.

Pogba dalam sebelum itu, telah memberikan ucapan tahniah kepada pasukan Itali di atas kejayaan tersebut dan berjanji pasukan Perancis akan kembali pada kejohanan akan datang.

Apa yang ditunjukkan oleh Pogba ketika ini mendapat penghargaan bagi pemain-pemain England yang lain.

Namun, masa depan Pogba masih menjadi teka-teki sama ada adakah peminat-peminat United dapat melihat aksi Pogba bersama dengan pemain bintang baru United Jadon Sancho. Kontrak Pogba berbaki satu tahun lagi lagi.

United harus menawarkan kontrak baru jika tidak mahu kehilangan secara percuma untuk kali kedua atau menjualnya pada musim panas ini.

Selain itu, penjaga gol United, David De Gea juga ada memberikan kata-kata semangat kepada Rashford di atas kegagalan sepakan penaltinya itu.

Peminat-peminat diluar sana juga bukan semuanya setuju dengan kedaan yang berlaku kepada Rashford dan rakan-rakan. Mereka telah menutup dengan love dan kata-kata semangat di sebuah mural Rashford di bangunan Withington selepas Rashford gagal menyempurnakan sepakan penalti, Rashford menerima kecaman perkauman

Karier pemain-pemain muda ini masih jauh dan mempunyai masa depan yang cerah. Mereka perlu kekal positif dan berusaha sebaik mungkin dan jadikan perkara ini sebagai pengalaman dan pengajaran.

- Advertisement -