Pogba puji kelibat rakan senegaranya Aurelien Tchouameni

0

Aurelien Tchouameni telah bermain dengan baik bersama kelab diwakilinya iaitu Monaco. Aurelien sering kali mendapat perhatian daripada pemerhati bola sepak mengenai perkembangan masa depannya yang dilihat mempunyai potensi untuk pergi dengan lebih jauh.

Pada musim panas yang lepas, kelibat Aurelien mampu menberikan pilihan yang baik kepada barisan pemain tengah United. Namun United tidak melakukan sebarang tawaran kepada pemain berbakat ini. Bukan sahaja United, bahkan kelab-kelab besar di luar sana juga tidak menunjukkan minat terhadap pemain muda ini. Perkara itu diharapkan dapat memberikan semangat kepada Aurelien untuk terus kekal konsisten dengen prestasi semasanya di Monaco.

Ejen Pogba sedang beraksi

Pengurus pasukan Perancis, Didier Deschamps dilihat telah memberikan peluang kepada pemain muda ini. Dia juga mendapat perhatian daripada pemain tengah United, Paul Pogba. Deschamps telah menurunkan Aurelien dalam kesebelasan utama pasukan Perancis ketika bertemu Ukraine bergandingan dengan Paul Pogba di bahagian tengah. Aurelien telah menunjukkan aksi yang mantap sepanjang perlawanan tersebut walupun Perancis sekadar seri 1-1.

Aksi Aurelien ketika Perancis menentang Bosnia

Pogba berkata,’Sangat, sangat bagus permainannya. Dia bukan lagi seorang budak, dia kini seorang lelaki. Gembira dapat bermain bersama dia pada perlawanan tersebut. Dia telah memberikan tenaga yang sangat bagus di bahagian tengah kami. Dia juga mempunyai kualiti teknikal dan fizikal yang cukup baik. Kami berharap dia terus dapat bermain bersama kami. Saya sentiasa berada di belakangnya.’

Lihat kawasan yang Aurelien berada.

Aurelien telah bermain selama 86 minit permainan, dengan melengkapkan 96% hantaran dan melakukan 3 ‘interceptions’ di antara tertinggi dikalangan pemain Perancis.

Kehadiran Aurelien pasti akan memberikan pilihan yang bagus kepada barisan tengah United pada perpindahan Januari akan datang. Walaupun mungkin terlalu awal untuk membuat perancangan mengenai perpindahan ini. Dengan nilai Declan Rice yang begitu tinggi, United boleh beralih arah kepada Aurelien. Dia berusia 21 tahun dan sudah mewakili Perancis. Pogba juga selesa bermain bersebelahnya.

- Advertisement -