Pogba percaya kehadiran Ronaldo akan meningkatkan prestasi United

0

6972D4F9-D91C-4DE6-BB0F-B27434902874

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba dengan penuh semangat menyambut kedatangan Cristiano Ronaldo dalam pasukannya.

Pogba berpendapat bahawa Ronaldo akan menjadi pemain yang meningkatkan prestasi Manchester United musim ini.

Setelah 12 tahun meninggalkan Old Trafford, Ronaldo akhirnya memutuskan untuk kembali ke Old Trafford sebagai pembelian terbaru Manchester United.

Kepulangan pemenang 5 Ballon d’Or telah mendapat sambutan hangat kerana ramai yang percaya bahawa Manchester United akan menjadi pasukan yang lebih kuat dengan kehadiran Ronaldo.

“Ia sesuatu yang Sangat bagus dapat bermain dengan pemain terbaik seperti dia,” kata Pogba kepada Telefoot.

Menurut Pogba, kedatangan Ronaldo akan membawa banyak kesan positif buat skuad Manchester United.

Dia berpendapat Ronaldo boleh menjadi pemain contoh di bilik persalinan, di mana pemain United dapat belajar banyak darinya.

“Saya rasa ada kelebihan yang berbeza untuk pemain dapat berlatih dengan pemain yang hebat.”Dia juga [Ronaldo] akan meningkatkan tahap pasukan ini.

Pogba juga optimis bahawa Manchester United akan tampil lebih hebat dengan kehadiran Ronaldo.

Dia yakin United akan menjadi pasukan yang digeruni dan sukar dikalahkan pada musim 2021/22 dengan kedatangan Ronaldo.

Ronaldo  kemungkinan akan melakukan debut keduanya hujung minggu ini untuk perlawanan keempat liga perdana inggeris bertemu Newcastle.

Sumber:(Telefoot)

- Advertisement -