Pogba menyamai rekod Scholes dan mampu pecahkan rekod Henry dan KDB

0

Peminat Manchester United menyambut dengan gembira kepulangan pemain lagenda no 7 mereka CR7 pada Sabtu lepas di Old Trafford. Sementara itu, Paul Pogba pula telah memberikan peringatan kepada kita semua mengenai nombor 7 yang seharusnya kita ketahui.

Paul Pogba telah mencipta ‘assist’ bagi gol ke-3 dan ke-4 untuk United di mana hantarannya telah memberikan ruang kepada Bruno Fernandes dan Jesse Lingard menjaringkan gol selepas 2 gol pembukaan daripada CR7. Kini Pogba telah melakukan 7 ‘assist’ bagi pasukan United manakala Luke Shaw, Varane dan Lindelof masing-masing melakukan 1 ‘assist’ setiap seorang.

Apa yang kita boleh lihat, United kini bergantung kepada kreativiti Pogba dan kita boleh melihat betapa dia gembira dengan prestasi semasanya pada ketika ini. Dalam senarai carta ‘assist’ Liga Perdana Inggeris, belum ada pemain lain yang mampu menghampiri jumlah ‘assist’ yang dilakukan oleh Pogba untuk 4 perlawanan pertama ini.

Pogba meraikan kemenangan baru ini dengan cara tersendiri.

Pogba juga telah mencatatkan jumlah rekod ‘assist’ yang sama dengan lagenda pemain tengah United Paul Scholes untuk 1 musim sedangkan Pogba masih lagi mempunyai baki 34 perlawanan untuk dihadapi. Ia memang 1 pencapaian yang luar biasa.

Pada musim lepas, Pogba hanya berjaya melakukan 3 ‘assist’ dalam liga dan 6 ‘assist’ dalam kejohanan lain yang United sertai. Dan pada musim ini Pogba telah berjaya mengatasi nilai tersebut. Gabriel Jesus dan Michail Antonio masing-masing mencatatkan 3 ‘assist’ pada ketika ini manakala Salah dan Saint-Maximin 2 ‘assist’.

Namun segalanya masih terlalu awal untuk diperkatakan. Tetapi jika Pogba mampu mengekalkan prestasi sebegini sehingga akhir musim, dia mampu memecahkan rekod ‘assist; terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris yang dipegang oleh Thierry Hendy dan Kevin de Bruyne dengan nilai 20 ‘assist’ untuk 38 perlawanan. Satu cabaran buat Pogba dan dia mampu melakukannya.

- Advertisement -