Pogba mengalami kecederaan otot

0

Paul Pogba akan dihantar menjalai rawatan susulan kecederaan yang dialamainya pada permainan awal pagi tadi. Pemain antarabangsa Perancis itu memberi isyarat mahu keluar selepas kecederaan yang dialaminya itu. Pogba telah digantikan Fred ketika United mendahului 1-0 gol daripada Edinson Cavani.

Selepas tamat perlawanan, Solskjaer berkata, ‘Pogba dilihat mengalami kecederaan otot. Kita perlu melakukan imbasan pada keeseokan harinya, rawatan segera perlu dilakukan. Saya berharap dia sembuh dengan segera.’ Pogba telah membuat 18 penampilan bersama United pada musim ini. Dia telah menjaringkan 3 gol.

Berita gembira yang dikhabarkan dia akan menerima tawaran kontrak baru itu sedikit melegakan Solskjaer. Solskjaer percaya Pogba akan kekal setia bersama United. Kecederaan Pogba berkemungkinan memberikan tamparan hebat kepada United.  Dia telah mempamerkan aksi yang bagus pada musim ini. United telah mendominasi 61 peratus kawalan bola pada separuh masa pertama. Walau bagaimanapun nasin tidak menyebelahi United selepas hanya mampu seri 3-3 diminit terakhir perlawanan.

- Advertisement -