Pogba dan Lingard menyinar dalam aksi persahabatan

Lingard gembira dapat bermain dan bantu England walau apa keadaan sekali pun.

0 113

Ia merupakan malam yang positif bagi Jesse Lingard dan Paul Pogba yang telah bermain untuk negera mereka ketika menentang Austria dan Wales. Kedua-dua mereka ini diturunkan dalam kesebelasan utama dapat bermain selama hampir sejam sebelum dibawa keluar.

Lingard terlibat dalam jaringan kemenangan England ketika menewaskan Austria 1-0. Pergerakan Lingard dapat membantu Bukayo Saka menjaringkan gol pertama dalam kariernya bersama pasukan england.

Manakala, pasukan Perancis pula telah menang bergaya 3-0 ke atas Wales di mana Daniel James dan pemain muda Dylan Levitt turut berkasi dalam perlawanan berkenaan. James bermain dengan baik dalam tempoh 73 minit manakala Levit diberi peluang berharga beraksi dalam tempoh 30 minit terakhir perlawanan menentang jaguh juara dunia itu.

Selain itu, pasukan Belanda dan Scotland juga ada beraksi dalam perlawanan persahabatan akan tetapi tiada kelibat Donny van de Beek dan Scott McTominay dalam perlawanan tersebut. Kedua-dua mereka hanya memanaskan bangku simpanan dan keputusan 2-2 dicapai bagi kedua-dua pasukan tersebut.