Pogba dan Bruno teruja dengan perlawanan malam ini

0

Piala Liga Juara-Juara Eropah sudah kembali. Manchester United telah banyak belajar dari pengalaman yang tiada perkara yang boleh menjamin mereka untuk terus berada dalam saingan kejohanan ini melainkan dengan mencapai kemenangan. Ini merupakan tahun ke-2 berturut-turut United kekal berada dalam saingan kejohanan ini sejak persaraan Sir Alex Ferguson.

Bruno Fernandes adalah watak utama bagi pasukan United pada 2 musim lepas kerana membantu United berada di kedudukan 4 teratas liga. Dia sekali lagi bersedia untuk membuat penampilan dalam kejohanan ini. Bruno telah menyampaikan mesej di laman sosialnya mengenai kepulanan pasukan United dalam menghadapai cabaran kejohanan ini. Dia juga berterima kasih kepada Juan Mata kerana membantu dia menyesuaikan diri dengan mudah di United sejak kehadirannya dari Sporting Lisbon.

Pemain antarabangsa Sepanyol ini masih belum mendapat minit permainan pada musim ini. Dia pasti berharap mendapat peluang untuk bermain dalam perlawanan diperingkat kumpulan ini. Mata merupakan pemenang Piala Liga Juara-Juara Eropah bersama pasukan Chelseas pada tahun 2012. Namun bukan Bruno Fernandes sahaja yang gembira dengan perlawanan ini yang akan berlangsung pada tengah malam ini.

Rakan sepasukannya di bahagian tengah Paul Pogba juga tidak ketinggalan untuk memberikan reaksi teruja dengan perlawanan pada malam ini. Ia merupakan kejohanan terbesar di peringkat eropah. Paul Pogba, Bruno, Mata dan rakan-rakan lain telah turun membuat latihan di Young Boys Stadium baru-baru ini. United akan turun dengan misi yang lebih jelas pada musim ini dengan bantuan Varane dan CR7 yang telah menjuarai kejohanan ini beberapa kali ketika bermain untuk Real Madrid.

- Advertisement -