Pogba bantu Perancis dapatkan semula rentak kemenangan bergaya

0

Pasukan Perancis kembali mendapatkan rentak selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Finland pada perlawanan kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi. Perancis menamatkan kemarau kemenangan selepas mencatatkan keputusan seri dalam 5 perlawanan sebelum ini.

Pogba telah memainkan peranan yang sangat penting selepas mendominasi kawasan tengah Perancis yang membolehkan bahagian serangan Perancis melakukan 20 percubaan ke arah pintu gol Finland yang hanya mampu melakukan 3 percubaan. Pogba telah melakukan 142 sentuhan bola dan merupakan yang tertinggi dikalangan pemain di dalam padang.

Pogba juga telah mencipta 1 peluang dan melakukan 3 ‘interceptions’. Rakan sepasukannya, Adrien Rabiot telah melakukan 101 sentuhan. Manakala pemain Finland mempunyai seorang pemain yang melakukan 76 sentuhan bola separuh daripada jumlah yang dilakukan Pogba. Pogba juga telah berjaya melengkapkan 94% hantaran tepat kepada rakan sepasukan.

Statistik yang dipamerkan Pogba.

Pogba telah bermain bergandingan Rabiot di 2 bahagian tengah Perancis dengan formasi 3-4-1-2. Pogba telah melakukana 17 ‘ball recoveries’ Laporan memberitahu data tersebut merupakan data yang tertinggi pernah dicatatkan oleh pemain Perancis sejak tahun 2014 yang dilakukan oleh Pogba sendiri dengan 18 ‘ball recoveries’.

Anthony Martial bermula di bahagian serangan bersama-sama dengan Karim Benzema. Namun Antonine Griezmann adalah pemain yang menjaringkan 2 gol tersebut untuk pasukan Perancis. Martial bermain baik apabila mencipta 2 peluang kepada rakan sepasukan dan melakukan hantaran dikalangan pemain-pemain Perancis.

Raphale Varane seperti biasa tiada masalah mengemudi bahagian pertahanan Perancis. Dia berjaya memastikan Perancis mendapatkan ‘cleen sheet’ dalam perlawanan tersebut. Dia telah melakukan 4 ‘clearances’ dan 3 ‘interceptions’ ketika berganding dengan Kurt Zouma dan Presnel Kimpembe.

- Advertisement -