Berita Terkini

Pogba akan ke Juventus, PSG atau Real Madrid, bukan ke Man City

Pogba-akan-ke-Juventus,-PSG-atau-Real-Madrid,-bukan-ke-Man-City

Ada laporan melaporkan yang Pogba tidak akan menyertai Manchester City pada musim hadapan. Dia sebaliknya akan berhijrah ke kelab lain luar dari Liga Perdana Inggeris.

Namun laporan itu juga memberitahu, Pogba menolak tawaran ke Man City disebabkan dia ada menerima beberapa tawaran daripada kelab lain. Beberapa kelab besar berminat mendapatkan pemain tengah yang menjuarai Piala Dunia bersama pasukan Perancis pada tahun 2018 itu.

Namun segala masih belum ada kata putus dari Pogba sendiri. Dia masih mempunyai baki satu bulan sebelum tamat kontrak bersama pasukan United.

Pobga berusia 29 tahun gagal memberikan persembahan konsisten bersama pasukan United sejak menyertainya pada 2016 dengan kos perpindahan mencecah 89 juta pound.

Bagi pasukan Man City pula, pengurus mereka Pep Guardiola mempunyai misi utama yang amat penting di mana membawa masuk pemain tengah sebagai ganti kepada Fernandinho yang akan berakhir kontraknya pada bulan hadapan. Beberapa pengulas bola sepak untuk Liga Inggeris telah menggesa Pogba menyertai Man City.

‘Ia pasti akan menjadi perpindahan berbaloi bagi pasukan Man City. Dia pasti akan buktikan dia sebenarnya mampu membantu pasukan setelah gagal melakukannya ketika bersama pasukan United.’ kata Jamie Redknapp.

Lain-Lain Artikel