Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Pochettino!!Harap Maaf!Pihak pengurusan percaya Solskjaer masih relevan untuk United

Isu pelantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus baru Manchester United tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat hal ini telah didedahkan oleh media UK.

Menurut The Athletic Lembaga Pengarah Manchester United masih menyokong sepenuhnya Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus mereka.

Musim ini adalah musim ketiga Solskjaer sebagai pengurus Manchester United namun dengan prestasi yang tidak menentu pada awal musim telah membuatkan masa depan pengurus dari Norway itu terus diperkatakan ditambah pula The Red Devils telah memulakan musim 2020/21 dengan hasil yang mengecewakan, terutama selepas mereka dibelasah 6-1 oleh Tottenham.

Dengan prestasi tidak menentu beredar berita bahawa Ahli Lembaga Pengarah MU mula mencari calon untuk menggantikan Solskjaer. Nama yang beredar adalah bekas pengurus Tottenham Mauricio Pochettino.

Namun,The Athletic mendedahkan bahawa kedudukan Solskjaer masih selamat. Kerana Lembaga Pengarah MU masih menyokong pengurus itu.

Menurut laporan itu, lembaga pengarah Manchester United masih percaya kepada Solskjaer.Mereka masih memahami permulaan buruk MU musim ini terutama kerana kekurangan masa persiapan dan juga pergerakan lambat mereka dalam mendapatkan pemain baru.Oleh itu, mereka masih memberi peluang kepada Solskjaer untuk memimpin MU.

Tetapi laporan itu mendakwa bahawa pengarah MU tidak sepenuhnya sabar dengan Solskjaer.Sebahagian daripada mereka mula meragui Solskjaer. Dia dianggap tidak mempunyai watak yang tepat untuk mengendalikan kelab sebesar MU.

Jadi jika United tidak unggul musim ini, kemungkinan mereka akan dipecat, terutama selepas MU mendapat keputusan yang memalukan seperti menentang Tottenham.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd