Pihak Penganjur EPL dijangka akan mengkaji semula untuk memberi keizinan istimewa kepada CR7 menggunakan jersi No7

0

FF67FACF-01CF-470E-BCC7-4E46A7FCF7F4

Cristiano Ronaldo akhirnya kembali ke Manchester United.Pemain Portugal itu juga dilaporkan kemungkinan akan dapat menggunakan kembali nombor 7 dalam skuad The Red Devils.

Perasmian kepulangan Cristiano Ronaldo ke Old Trafford hanya menunggu persetujuan mengenai syarat peribadi, visa, dan ujian perubatan yang akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Untuk membawa Cristiano Ronaldo dari Juventus, Manchester United dilaporkan harus membayar yuran awal 15 juta euro ditambah dengan biaya tambahan 8 juta euro.

Sejauh ini Ronaldo dijangka akan menggunakan jersi nombor 7 namun terdapat masalah kerana ketika ini

pemain nombor 7 dalam skuad Manchester United sudah memiliki pemilik, iaitu Edinson Cavani.CR7 diancam tidak dapat menggunakan nombor kegemarannya.

Meskipun begitu seperti yang dilaporkan oleh wartawan ESPN Dale Johnson, pihak Liga Perdana Inggeris dikatakan akan memberikan kebenaran khusus kepada Manchester United untuk menukar nombor jersi ketika musim sedang berjalan.

Alasan United mendapat kebenaran khas adalah kerana Cavani sama sekali tidak bermain dalam dua perlawanan pertama musim 2021/22, kerana dia telah diberi cuti tambahan dari kelabnya.

Namun Sekiranya Cavani memilih untuk terus menggunakan jersi nombor 7, maka Ronaldo mungkin memilih untuk memakai nombor 28 nombor jersi ketika dia memulai kariernya di Sporting CP.

Sumber: ESPN

- Advertisement -