Piala Dunia 2022 : 6 Pemain United Diramal Masuk ke Skuad England

0

Lupakan kekecewaan di pentas final Euro 2020 Dan fokus kepada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Kebanyakan kelab di Eropah akan bermain dalam banyak perlawanan pada tahun depan disebabkan Piala Dunia akan dilangsungkan pada November 2022. Hal ini kerana kebiasaannya pada bulan Jun, suhu di Qatar begitu tinggi dan tidak sesuai untuk mengadakan Piala Dunia.

Hal ini juga memberikan peluang kepada skuad England untuk mengasah bakat baru untuk diberi peluang masuk kepada dalam skuad utama Englands. Tidak dilupakan, Phil Jones juga pernah ada dalam skuad England di Piala Dunia 2018 dan pada November 2018, Bukayo Saka membuat penampilan dalam skuad senior Arsenal.

Selain itu, Kalvin Philips yang mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan England hanya mendapat panggilan pertama skuad kebangsaan England pada Ogos 2020. Bintang utama England, Luke Shaw pula tidak ada dalam skuad Piala Dunia 2018.

Berkemungkinan banyak perkara akan berlaku sehingga Piala Dunia 2022 dan bakat yang ada dalam skuad United akan memberikan impak kepada England kelak.

Mason Greenwood

Pemain muda United ini sudah pasti akan menempah satu tempat dalam pasukan England pada tahun depan.

Greenwood telah membuat penampilan pertama bersama skuad senior England dan telah berlatih bersama pasukan sebelum menarik diri kerana kecederaan.

Kemungkinan juga kecederaan yang dialamainya sekarang akan memberikan impak positif kepada United untuk musim depan.

Dia juga akan memberikan saingan kepada Jadon Sancho di bahagian serangan pada musim depan dan juga saingan kepada Harry Kane dalam skuad England.

Kemungkinan untuk Greenwood membarisi kesebelasan utama United musim depan masih belum ditentukan, tetapi sudah pasti dia akan memberikan yang terbaik untuk pasukan.

Axel Tuanzebe

Jangan pandang remeh kepada pemain muda ini. Tuanzebe memerlukan minit permainan yang banyk untuk membuktikan ynag dia boleh menjadi lebih baik dari sekarang. Kemungkinan United boleh menghantarnya ke kelab lain sebagai pemain pinjaman.

Kontrak Tuanzebe juga akan tamat pada 2022 dan kemungkinan dia boleh meninggalkan United secara percuma.

Satu yang amat merugikan skiranya United tidak menyambung kontrak Tuanzebe. Lihat sahaja persembahannya ketika United menentang Paris Saint-Germain apabila Tuanzebe berjaya mengekang gerakan Kylian Mbappe.

Tuanzebe perlu melihat pemain pertahanan England seperti Conor Coady dan Tyrone Mings dan perlu percaya kepada dirinya sendiri boleh mengatasi persembahan pemain-pemain ini. Dia begitu berbakat dan boleh mengambil peluang memberikan yang terbaik kepada United.

Aaron Wan-Bissaka

England mempunyai ramai pemain pertahanan kanan yang berbakat dan sukar untuk Wan-Bissaka memecah masuk ke dalam skuad England.

Kieran Trippier dan Kyle Walker sudah mencecah umur 30-an dan Wan-Bissaka sudah hampir ke kemuncak prestasinya. Secara dasarnya, dia telah mencapai paras antarabangsa.

Sekiranya Trippier ke United dan tidak dapat menyaingi Wan-Bissaka dalam kesebelasan utama, sukar untuk dia mendapat tempat dalam skuad England di masa akan datang.

Wan-Bissaka juga dikatakan sudah berpatah hati dengan England dan dia boleh menyertai Congo seperti ynag dikhabarkan oleh media tempatan. Dia boleh menunggu sehingga Piala Dunia 2022 untuk berbuat demikian.

Untuk melihat kualaiti Wan-Bissaka, apabila Raheem Sterling bertemu dengannya, Sterling tidak dapat membuat gerakan berbahaya namun Sterling berjaya menyinar di pentas Euro 2020.

James Garner

Pemain tengah United, James Garner kembali dengan sinar baru dan akan memberikan saingan kepada pemian senior lain dalam skuad United.

Masih belum lagi mendapat kepastian bahawa Garner akan dipinjmkan ke kelab lain untuk musim 2021/2022 tetapi dia adalah pemain yang baik.

Garner mempunyai kelebihan dalam sepakan percuma dan mempunyai keseimbangan yang baik dalam mengawal bola.

Garner akan menjadi 21 tahun pada tahun depan depan dan cuma setahun lebih muda dari Declan Rice. Dia juga berkemungkinan mempunyai peluang untuk masuk ke dalam skuad England pada masa akan datang.

Brandon Williams

Pada musim lepas, Brandon Williams telah dipuji oleh Gary Neville dan Gary Lineker sebagai bintang masa depan.

Williams telah hilang posisi selepas kebangkitan semula Luke Shaw dan kedatangan Alex Telles untuk memberikan saingan di posisi pertahanan kiri. Dia dijangka akan dipinjmkan ke kelab lain untuk mendapatkan lebih minit permainan.

England kekurangan pemain pertahanan kiri dan Williams boleh memberikan saingan ketika England bermain di Piala Dunia 2022.

Pemain muda ini baru berusia 20 tahun dan telah bermain di tiga separuh akhir untuk United. Dia yang begitu berbakat boleh menjadikan Luke Shaw sebagai contoh untuk dia kembali bermain.

Shola Shoretire

Pemian muda United, Shola Shoretire boleh mengikuti jejak langkah Bukayo Saka untuk masuk ke skuad England.

Shoretire telah membuat penampilan pertama seawal usia 17 tahun dan mempunyai masa depan yang cerah di United.

Kemungkinan Piala Dunia 2022 akan menjadi kejohanan pertama untuknya. Phil Foden juga pemain muda yang telah dapat meyakinkan Gareth Southgate untuk skuad Euro yang lepas.

Shoretire telah menjaringkan 10 gol dan 6 bantuan gol untuk skuad bawah 23 tahun United boleh diberikan perhatian oleh barisan kejurulatihan England.

- Advertisement -