Phelan gembira dengan impak Cavani kepada pemain-pemain lain

0

Pembantu Ole Gunnar Solskjaer, Mike Phelan memuji kesan di atas kehadiran Edinson Cavani pada musim lepas.

Cavani telah menyertai pasukan United pada penghujung tarikh perpindahan musim panas yang lepas. Kehadiran Cavani di bahagian serangan membolehkan perubahan ketara kepada kemajuan pasukan United.

Solskjaer telah memuji pengalaman yang ada pada Cavani banyak membantu perkembangan pasukan United pada musim lepas. Kini giliran Phelan memperkatakan perkara tersebut.

Phelan telah ditemuramah bersama Rio Ferdinand di YouTube telah memberitahu yang pemain berasal dari Uruguay tersebut telah memberikan nafas baru kepada pasukan.

“Prestasinya tidak membuatkan saya terkejut kerana dia memang salah seorang pemain terbaik yang bermain bersama kelab-kelab besar di luar sana.”

“Dia mempunyai segala ramuan atau teka teki yang United perlukan pada waktu itu.”

“Apa yang kami perlukan daripada dia adalah pengalaman berharganya, semangat inginkan kemenangan dan kesungguhan ketika bermain. Pada mulanya ramai mempersoalkan mengapa kita harus menandatangani pemain yang telah berusia ini, ia nampak seperti kami hilang akal.”

“Dia telah berlatih dengan bersungguh untuk membuktikan dia layak berada dalam kesebelasan utama pasukan. Dia sangat bagus. Walaupun bahasa inggerisnya tidak begitu baik, tetapi apabila bercakap mengenai bola sepak, dia mencurahkan segalanya.”

“Dia telah mewujudkan keharmonian kepada para pemain. Cara dia berkerja sebagai seorang pemain sangat memukau dan hasilnya dia berjaya menjaringkan gol-gol penting untuk pasukan United.”

Cavani kini masih berada di kampung halamannya bercuti bersama keluarga. Persediaan pra-musim untuk peribadinya pasti akan lebih bagus pada musim ini. Dia kelihatan bersedia untuk bermain pada musim ke-2nye bersama United dan menjaringkan gol dengan lebih banyak.

- Advertisement -