Pesanan Southgate selepas final

0

Bintang Manchester United dan England, Luke Shaw memberitahu kepada media perkara yang terjadi selepas final Euro 2020 apabila England tumpas di tangan Italy dalam sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam 120 minit permainan. Luke Shaw telah menjaringkan gol buat England seawal minit kedua dan menjadi pemain Manchester United pertama yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Euro.

Kegagalan dalam sepakan penalti masih menghantui England sejak dulu lagi. Bercakap kepada laman sesawang kelab, Shaw menerangkan perkara yang diperkatakan Gareth Southgate kepada para pemain selepas perlawanan.

“Dia menyatakan kami perlu mengangkat kepala ke atas dan ini merupakan salah satu memori kehidupan. Kita perlu memandang ke depan. dia berkata lagi kumpulan pemain yang ada ini adalah yang terbaik dan menuju ke arah yang betul,” jelas Shaw.

“Kita semua telah dirobek dengan kegagalan ini dan ini amat menyakitkan. Mengenai skuad ketika ini, kami bersama walau dalam apa pun keadaan. Walaupun ada antara kami gagal dalam sepakan penalti, kami masih bersama. Kami memang sebagai satu pasukan, kalah pun sebagai satu pasukan.”

Shaw menambah lagi, dia begitu kecewa dengan kegagalan ini walaupun sebelum perlawanan, beliau amat bersemangat dan mempunyai keazaman tinggi untuk menang.

Shaw berkata lagi, “Ini amat mengecewakan dan bukan perkara yang kami mahukan. Kami begitu optimis hari ini dan berasa dalam keadaan yang baik serta ke arah yang betul. Kami telah berikan segalanya yang terbaik dan kecewa di akhirnya.”

Keyakinan England begitu tinggi di awal perlawanan dan ditambah dengan gol awal Shaw. Sepatutnya pasukan Southgate perlu mengasak dengan lebih kerap lagi dan mendapatkan gol kedua bagi memberi keyakinan kepada pasukan. Kredit perlu diberikan kepada pasukan Itali selepas pemain tengah mereka berjaya menguasai perlawanan walaupun ketinggalan 0-1 sejak awal permainan lagi.

Rakan sepasukan Shaw di United , Marcus Rashford dan Jadon Sancho telah gagal menjaringkan penalti. Kedua-dua pemain ini perlu mendapat bimbingan supaya kekecewaan mereka perlu diatasi segera sebelum bermulanya musim baru pada 14 Ogos kelak. Ole Gunnar Solksjaer perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan semangat para pemain ini.

- Advertisement -