Pertukaran yang berbaloi

0

Solskjaer gembira dengan pertukaran yang dilakukan pada minit akhir permainan yang sekaligus berjaya membantu United mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini di Old Trafford. Perlawanan awal pagi tadi penuh dengan drama selepas United pada mulanya ketinggalan menerusi jaringan Paco Alcacer sebelum jaringan Alex Telles menyamakan kedudukan.

15 minit terakhir permainan, Solskjaer telah melakukan pertukaran pemain sedangkan pasukan lawan di bawah bimbingan Unai Emery telah melakukan 5 pertukaran pemain. Solskjaer telah masukkan Matic dan Cavani dan kemudian di minit terakhir permainan dengan mambawa masuk Fred dan Lingard.

Kombinasi Lingard dan CR7 dilihat menjadi dibahagian serangan. Cavani juga mempunyai 1 peluang keemasan untuk menjaringkan gol penyamaan. Kemasukan pemain-pemain gantian ini memberi tenaga baru kepada corak permainan United. Bekas pemain dan pemenang Liga Juara-Juara Eropah ketika bersama United, Owen Hargreaves telah memuji dengan pertukaran pemain yang telah dilakukan oleh Solskjaer. United dilihat berjaya menguasai perlawanan dengan baik selepas pemain-pemain gantian tersebut di bawa masuk.

‘Apabila anda mempunyai pemain seperti CR7 dan Edinson Cavani bermain bersama di atas padang, anda boleh lihat perubahan permainan yang dipamerkan oleh United. Impak yang diberikan Jesse Lingard juga amat positif. Kali ini Solskjaer telah melakukan pertukaran yang bijak.’

‘Dia telah memasukkan pemain yang mampu membuat perubahan kepada permainan pasukan anda. Mereka benar-benar mahukan kemenangan. Segala tenaga di curahkan dengan sokongan padu dari peminat yang membanjiri Old Trafford dilihat itu bukan perkara yang mustahil. Saya juga melihat ini selepas jaringan kemenangan tersebut seperti satu majlis meraikan kepulangan CR7 sekali lagi.’

Micheal Owen juga bersependapat dengan Hargreaves,’Pertukaran kali menjadi buat Solskjaer. Cuma bagi saya, saya agak terkejut Lingard tidak dimasukkan dengan lebih awal. Namun mereka semua memberikan tenaga yang baru kepada pasukan dalam usaha mendapatkan gol kemenangan tersebut. Taktikal tidak penting pada ketika ini, anda memerlukan pemain yang bertenaga untuk memberi sokongan kepada rakan sepasukan, membuat larian dan memberikan tekanan kepada pertahanan lawan.’

- Advertisement -