Pertukaran VDB dengan membawa masuk Raphale Varane. Adakah ia sepatutnya berlaku?

0

Manchester United telah mengalami kekalahan ktika menentang pasukan Young Boys malam tadi. United ditewaskan dengan jaringan 2-1. Ia sekaligus memberikan peluang kepada semua pasukan untuk berebut tempat untuk layak ke pusingan seterusnya. United perlu bersaing untuk baki 5 perlawanan tersebut.

Ketika awal permainan, Donny van de Beek berada dalam kesebelasan utama pasukan United. Namun dia hanya mampu bermain untuk 45 minit permainan dan itu bukan salah dia. VDB dikeluarkan disebabkan percaturan taktikal Solskjaer yang terpaksa melakukan perubahan formasi disebabkan layanan kad merah Wan Bissaka pada separuh masa pertama.

Adakah ia sepatutnya berlaku? kemungkinan tidak. Pertukaran VDB dengan membawa masuk Raphale Varane nampak dilihat seperti ada logiknya kerana United mahu bertahan, namun, perkara itu gagal kerana United dibolosi 2 jaringan. Keputusan mengeluarkan pemain Belanda itu menyebabkan barisan pertahanan United menerima tekanan yang bertali-arus daripada pasukan tuan rumah.

VDB berjaya bermain dengan baik untuk tempoh 45 minit permainan. Dia telah melakukan 2 ‘interceptions’ sama nilai dengan Fred yang bermain sehingga 89 minit permainan. Dia juga berjaya melakukan 1 ‘tackle’ dan menghadang 1 percubaan daripada pihak tuan rumah. Dia telah melengkapkan 92 peratus hantaran. Statistik ini sedikit sebanyak menunjukkan yang dia mampu bermain dengan baik dalam situasi permainan tersebut.

Namun masalah utama selepas ini adalah bila peluang VDB untuk bermain 90 minit permainan akan berlaku? Dia kurang mendapat minit permainan untuk United pada musim lepas. Pada musim ini setelah beberapa perlawanan, tidak sampai 90 minit dia bermain. VDB pasti berharap mendapat peluang untuk berada dalam kesebelasan utama United pada perlawanan West Ham untuk kejohanan Piala Carabao. Agak mustahil untuk VDB bermain ketika saingan liga.

Di antara reaksi peminat mengenai VDB dalam perlawanan tersebut

‘Kita merasai apa VDB rasa. Penampilan pertama dalam kesebelasan utama United tetapi hanya bertahan sehingga 45 minit permainan. Bukan salah dia. Dia bermain baik pada separuh masa pertama.’

‘Donny bermain baik dia seharusnya berada sekali lagi dalam kesebelasan utama United untuk perlawanan hujung minggu ini,’

‘Saya suka melihat dia bermain. Walaupun dia tidaklah hebat seperti kita mahukan, namun dia sentiasa berusaha untuk terlibat bersama pasukan.’

- Advertisement -