Berita Terkini

‘Pertelingkahan yang berlaku di antara Rashford dan Maguire bagus bagi pendapat saya’

'pertelingkahan Yang Berlaku Di Antara Rashford Dan Maguire Bagus Bagi Pendapat Saya'

Bekas penyerang Man Utd, Dimitar Berbatov tidak menafikan ada kebaikan yang berlaku selepas pertelingkahan percakapan di antara Rashford dan Maguire dalam perlawanan United baru-baru ini. Kedua-dua pemain ini mengeluarkan perkataan kesat di antara mereka bagi mempertahankan peranan yang mereka telah lakukan. Dengan ketiadaan penyokong di stadium, kata-kata mereka berdua ini sangat jelas didengari di dalam padang.

Dengan kegagalan pasukan Solskjaer mengutip lagi 3 mata berharga pada perlawanan tersebut. Berbatov berpendapat kedua-dua pemain tersebut telah menunjukkan rasa ambil berat dengan apa yang rakan sepasukan lakukan di atas padang. Mereka telah menunjukkan semangat ingin memenangi perlawanan tersebut.

‘Saya suka dengan perkara yang berlaku di antara Rashford dan Maguire. Ia bagus untuk pasukan, mereka mempunyai semangat dan azam untuk berusaha. Semakin anda aggresif samakin anda bersemangat untuk bermain dalam perlawanan tersebut. Anda tidak boleh duduk diam sebagai seorang pemain, dan ia akan mempamerkan sikap anda tidak kisah dengan situasi tersebut.’

‘Perkara sebegitu harus ada di dalam padang supaya anda sentiasa ingat peranan anda sebagai seorang pemain. Di dalam bilik persalinan, pengurus dan pegawai pasukan akan memainkan peranan tersebut. Asalkan semua ini tidak terbawa-bawa sehingga ke luar padang dan perkara itu tidak akan menjadi masalah.’

Berbatov menceritakan kisah tersebut selalu terjadi ketika dia bermain pada eranya. Pemain saling menunjukkan rasa tidak puas hati dengan peranan bagi seseorang pemain. Dan perkara positif akan berlaku kerana pemain tersebut akan sedia maklum dengan peranan mereka.

‘Pada era saya, saya akan memberitahu pemain pertahanan tugas mereka dan cara mereka perlu bertahan dan pemain pertahanan akan mempersoalkan peranan saya mengapa saya tidak berjaya menjaringkan gol. Apabila permainan dalam perlawanan tersebut tidak berjalan dengan baik, maka rakan sepasukan akan sentiasa mengharapkan anda melakukan dengan lebih baik tugas yang kita perlu lakukan.’

‘Saya ok dengan rakan sepasukan yang sering marah, tegur dan menjerit ke arah saya. Saya tahu ia adalah tujuan untuk kami mendapatkan kemenangan. Rio Ferdinand kerap bertelingkah percakapan dengan saya. Saya akan memberitahunya cara bertahan dan dia harus menghantar bola kepada kaki saya bukan dengan mengeluarkan bola tinggi secara rawak. Ia adalah perkara yang bagus untuk memberi semangat kepada rakan sepasukan sekaligus membantu pasukan mendapatkan kemenangan.’

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

... See MoreSee Less

13 hours ago

21 CommentsComment on Facebook

Somehow sekarang ni bila dia ada,rasa lega sikit dengan pertahanan.

Better dia dari matpod isap dadah main mcm haramjadah

Kereta kebal

Load More

|BMU-Pinjaman |

Pemain sayap Manchester United yang kini dipinjamkan ke Borussia Dortmund, Jadon Sancho dilaporkan bersedia untuk kembali ke Old Trafford pada musim panas ini.

Menurut iNews,Pemain sayap itu dikatakan sedang mempertimbangkan untuk kembali bermain untuk Manchester United meskipun begitu dia dilaporkan sedang menanti situasi masa depan Ten Hag bersama United terlebih dahulu.

Pertelingkahan kedua-duanya bermula apabila Ten Hag mengkritik sikap buruk Sancho dalam sesi latihan pasukan, tetapi pemain itu tidak menerimanya dan kemudiannya menunjukkan tanda protes di media sosial untuk memburukkan pengurus itu.

Meskipun begitu Ten Hag telah memberi peluang untuk Sancho meminta maaf kepadanya bagaimanapun, pemain sayap itu enggan melakukannya.

Kerana tiada permohonan maaf, Sancho telah digantung daripada pasukan utama dan  akhirnya dilepaskan ke Dortmund sebagai pemain pinjaman.

Ternyata tempoh pinjaman pemain itu berjalan lancar dimana dia mnjadi watak penting untuk membawa Borussia Dortmund mara ke peringkat separuh akhir liga juara-juara eropah pada musim ini.

#BMU03

15 hours ago

129 CommentsComment on Facebook

ETH dan tendang CR tendang Sancho buang Fred masaalah xsetel2...Tervaru salahkan Ganarcho...apasal manager lain rilek handle star dia semua masaalah??? Soii

Beli Sancho kat sini geng:- shope.ee/AKDwAEPJaj

JS ni kalau balik srmula ke MU memang bodoh ... elok stay kat BD atau cari kelab yang lebih menghargai bakat kau dari kelab tak guna ni

Load More