Pertahanan tengah Sevilla Jules Kounde menjadi buruan

0

Manchester United telah menyenaraikan pertahanan tengah Sevilla, Jules Kounde sebagai sasaran utama mereka pada perpindahan pada hujung musim ini. Jules Kounde yang berusia 22 tahun ini merupakan pemain yang sedang meningkat maju perkembangan serta menjadi salah seorang pemain muda yang mempunyai nilai harga yang tinggi. Kounde tiba di Sepanyol pada 18 bulan yang lepas setelah melengkapkan perpindahannya dari Bourdeaux.

Statistik Kounde sepanjang kariernya pada musim ini adalah seperti berikut :

  • Penampilan : 17
  • Minit beraksi : 1530
  • Bentesan : 16
  • Amaran : 16
  • Hantaran : 1158
  • Gol : 1
  • Bentesan dimenangi : 9

Pemain berasal daripada Perancis ini menjadi buruan Ole Gunnar Solskjaer yang dikatakan ingin memberikan pilihan pemain di barisan pertahanan tengah United sedia ada. Victor Lindelof, Eric Baily dan Axel Tuanzebe merupakan pasangan yang digandingkan bersama Harry Maguire. Tetapi Solskjaer masih lagi tercari-cari pasangan yang benar-benar serasi dan konsisten bagi mengukuhkan lagi barisan pertahan United. Namum begitu, beberapa kelab besar di eropah juga ada menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain ini. Di antaranya, Juventus, Bayern Munich dan Real Madrid akan bersaing dengan Man Utd.

Selain itu, nama besar Sergio Ramos juga ada dikaitkan dengan United. Pertahanan tengah Real Madrid ini dikatakan masih belum memperbaharui kontrak barunya bersama kelab. 16 tahun khidmat Ramos bersama Real mungkin berakhir selepas dia dikatakan ingin berhijrah dari kelab berkenaan. Jika Ramos tidak menandatangai kontrak pada penghujung musim ini, mana-mana kelab boleh mendapatkan khidmat Ramos secara percuma.

Ada juga khabar angin memberitahu David Beckham, lagenda United ada memancing Ramos untuk ke United. Beckham ada menceritakan kehidupan di Old Trafford sekaligus kemungkinan membuka ruang kepada Ramos untuk datang ke United. Siapa tahu.

 

- Advertisement -