Pemain kanan Manchester United Ethan Laird telah menyertai pasukan Championship, Queens Park Rangers secara pinjaman untuk tempoh sepanjang musim.
Waplaupun pemain berusia 21 tahun yang diketengahkan di bawah Erik ten Hag semasa pra-musim, tetapi bekas pengurus Ajax itu nampaknya telah membuat keputusan untuk menghantar keluar secara pinjaman dan mendapatkan minit permainan yang lebih baik dengan pasukan dari Championship tersebut. Ia merupakan langkah terbaik untuk membantu pembangunan graduan akademi.
Laird, yang telah membuat dua penampilan untuk Red Devils, tidak sabar untuk memulakan di Loftus Road.
? ???? ????: Ethan Laird has left Manchester United and joined QPR on a season-long loan.
(Source: @QPR) pic.twitter.com/c75kvWPE9L
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 15, 2022
Bercakap kepada laman web kelab, dia berkata: “Saya berasa bersedia dan gembira dengan peluang ini. Saya tidak sabar untuk memulakan.”
“Kadang-kadang anda tidak mahu keluar dari zon selesa anda tetapi anda hanya menjadi diri anda yang terbaik apabila anda melakukannya. Anda hanya mengetahui apa yang anda benar-benar suka apabila anda bermain bola sepak. Apabila anda kerap bermain dengan beberapa orang pemain yang lincah anda akan belajar dengan lebih baik. Anda mencari cara untuk menyesuaikan diri dan saya rasa saya telah menyesuaikan diri dengan baik di mana sahaja saya telah pergi dan saya bersedia untuk bermain sekarang.”
“Bagi saya secara peribadi, saya hanya mahu mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dan saya merasakan saya berada di tempat yang sempurna untuk melakukannya sekarang.”
Setelah berada di radar QPR selama dua tahun terakhir, pengurus R Mick Beale dengan senang hati menlengkapkan pasukan sedia adanya.
“Jelas sekali adalah baik untuk mengambil seorang budak muda dari Manchester United dan mereka mempercayai sebagai pasukan yang mampu memberikan peluang membangunkan pemain tersebut.” kata Beale.
“Dia telah melakukan dengan sangat baik dalam Kejohanan dan saya fikir dia adalah seseorang yang kita boleh benar-benar teruja.”