Pertahanan Lyon kini berada dalam radar United

0

Senarai pemburuan bek tengah Manchester United semakin hangat diperkatakan. Kali ini, pemain pertahanan Lyon, Joachim Andersen dilaporkan menjadi sasaran United.

Sejak tahun lalu dikhabarkan bahawa Manchester United akan membeli bek tengah baru yang kelihatan tidak konsisten pada musim ini. Ole Gunnar Solskjaer sedang mencari gandingan baru untuk Harry Maguire sekaligus dapat memperkuatkan barisan pertahanan United.

Sejak daripada itu, terdapat banyak pertahanan tengah yang dikaitkan dengan Manchester United. Bermula dengan pemain muda yang berbakat sehingga pemain bertaraf dunia. Metro UK mendakwa bahawa Manchester United kini mempunyai sasaran baru. Mereka berminat untuk membawa masuk Joachim Andersen dari Lyon. Siapa Andersen dan mengapa United berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini?

Menurut laporan itu, Manchester United berminat untuk menandatangani Andersen yang bermain baik dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Pemain pertahanan itu sekarang dipinjamkan ke Fulham dari Lyon.

Sejak liga berlangsung pada musim ini, pemain pertahanan bermain dengan baik dan merupakan kereta kebal utama pertahanan Fulham. Oleh yang demikian, pasukan United berminat untuk menandatanganinya disebabkan pengalaman pemain itu bermain dalam kancah liga musim ini.

Menurut laporan itu juga, Manchester United mempunyai peluang besar untuk mendapatkan Andersen. Pemain pertahanan itu dilaporkan bakal dijual oleh Lyon. Kerana pemain pertahanan itu tidak termasuk dalam rancangan Rudi Garcia di Lyon pada musim hadapan. Nilai perpindahan dilaporkan akan dijual dengan harga sekitar 25 juta pound pada musim panas ini.

United bukan satu-satunya pasukan yang berminat dengan Andersen. Pemain pertahanan itu juga dilaporkan menjadi sasaran utama pasukan Arsenal dan Tottenham.

- Advertisement -