Berita Terkini

Persembahan padu Martinez mendorong Harry Maguire untuk beraksi dengan baik..

7C959DEA-9B26-4826-A503-6A18011E8D42

Satu lagi penampilan solid dari pertahanan ‘kecil’ Lisandro Martinez. Kecil bukan sebarang kecil tapi mampu menggoncang dunia. Kekuatan fizikalnya juga tidak dapat dinafikan..

Menjadi tunjang dibarisan belakang United, kini menghasilkan defensive display yang luar biasa ketika menentang West Ham.

Mengelakkan dari dibolosi ini adalah cleansheet tiga perlawanan EPL berturut-turut yang dilangsungkan di Old Trafford. Sebelum ini berdepan Spurs dan Newcastle United

Bekas penyerang Arsenal Ian Wright memuji persembahan Lisandro Martinez dan mendakwa pemain Argentina itu menambah kualiti kepada pertahanan Manchester United

Owen Hargreaves juga menyatakan pendapat sama tetapi menambah bahawa persembahan hebat pemain itu mendorong Harry Maguire untuk melakukan juga yang terbaik

“Dia mempunyai kualiti pertahanan yang saya tidak pernah lihat di Manchester United untuk seketika.”

“Bukan sahaja kedudukannya tetapi dia menghantar bola melalui garisan. Dia betul-betul apa yang mereka perlukan.”

“Seseorang yang tidak mengacau, tidak ada keseronokan dengannya, ia hanya hebat, cabaran yang bagus. Dia adalah pemain yang sangat bagus. Saya tidak sangka dia akan menjadi sebaik dia.”

“Dia telah menambah begitu banyak kepada pasukan. Dia memberi mereka begitu banyak. Prestasinya dalam permainan ini memberi impak besar kepada Harry Maguire juga.”

“Terdapat begitu banyak perkara positif untuk United hari ini tetapi secara pertahanan Martinez adalah hebat. Erik ten Hag pasti gembira.”

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar