Persembahan memukau Scott McTominay

0

Scott McTominay merupakan hero untuk pasukan Scotland ketika mereka berjaya mengikat pasukan England seri tanpa jaringan di Wembley.

Pasukan England dilihat seperti serba tidak menjadi pada perlawanan tersebut. Harry Kane masih lagi dibayangi dengan kontroversinya di Spus, manakala pemain-pemain tengah England gagal mencipta peluang yang bagus.

Marcus Rashford hanya beraski untuk 14 minit terakhir dan Jadon Sancho masih lagi belum berjaya membuat sebarang penampilan untuk kempen Euro 2020 kali ini.

Ia memang persembahan yang mengecewakan bagi pasukan England dan pasukan Scotland layak menerima pujian kerana mereka berjaya menghidupkan peluang mereka.

Scott McTominay layak menerima pujian dalam perlawanan ini. Pemain tengah United ini telah bermain sebagai pemain pertahanan 3 orang untuk pasukan Scotland.

Di United, Scott McTominay tidak pernah bermain di bahagian pertahanan namun ketika di peringkat antarabangsa, dia sangat selesa bermain di bahagian pertahanan. DIa telah kerap diturunkan sebagai pertahanan ketika Scotland bermain di peringkat kelayakan Euro.

Dia berjaya mengekang asakan Kane, Foden, Sterling dan rakan-rakan sepanjang perlawanan. Ia sesuatu yang boleh di ambil maklum oleh Solskjaer.

Dalam media sosial, ada dimuat naik satu gambar yang memberikan pelbagai reaksi kepada peminat. Ramai yang memuji sikap Scott McTominay yang bermain dengan sepenuh jiwa ketika mempertahankan bola yang cuba diasakan beberapa pemain England.

Walaupun pada permulaan perlawanan tersebut Scott McTominay bermula dengan agak perlahan, dia ada terlepas beberapa kawalan pemain yang membolehkan England mendapatkan peluang gol. Tetapi dia bangkit semula dengan memenangi 2 ‘aerial duels’ 2 ‘interception’ dan 2 ‘clearances’ untuk memastikan ‘clean sheet’ untuk Scotland.

Ada suatu ketika, jika Reece James tidak melakukan ‘clearance’ bola di atas line, maka Scotland kemungkinan akan meraikan kejayaan yang bermakna buat mereka. Mereka yang tampil begitu garang ketika menentang Czech Republik gagal mendapatkan kemenangan selepas tewas dengan jaringan serangan balas pasukan lawan.

Solskjaer boleh mempertimbangkan pemilihan Scott McTominay untuk bermain di barisan pertahanan United jika United gagal membawa masuk pemain pertahanan baru.

- Advertisement -