Perpindahan Messi ke PSG beri keuntungan buat United kekalkan Pogba

0

Perpindahan Lionel Messi ke PSG akan membawa keuntungan buat Manchester United.Perpindahan itu dipercayai akan membuatkan United dapat mengekalkan Paul Pogba musim panas ini.

Pogba kini telah memasuki tahun terakhirnya di Manchester United dengan kontraknya berakhir hujung musim ini akan membuatkan ia dapat berpindah secara percuma pada musim panas 2022.

PSG dilaporkan berminat untuk mendapatkan Pogba.Les Parisien dilaporkan telah berkomunikasi secara intensif dengan ejen Pogba untuk merealisasikan perpindahan ini.

Menurut ESPN,jika Messi secara rasmi berpindah ke PSG itu akan membuatkan mereka mengurangkan minat mereka terhadap Pogba.

Menurut laporan itu, PSG kemungkinan tidak akan menandatangani Pogba pada musim panas ini.

Ini kerana mereka harus mengeluarkan banyak wang untuk membawa masuk Messi.Messi dilaporkan meminta bayaran gaji sebanyak 75 juta Euro setiap musim di PSG.

Itulah sebabnya PSG tidak mempunyai lagi slot gaji untuk Pogba pada musim panas ini.

Menurut laporan yang sama, peluang United untuk mengekalkan Pogba semakin besar.Pogba dilaporkan semakin gembira di Manchester United Kerana United telah menunjukkan kesungguhan mereka untuk menjadi juara.

Itulah sebabnya Pogba dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani kontrak baru di Manchester United dalam masa terdekat.

Pogba sendiri dilaporkan akan mendapat kontrak mewah di Manchester United.Dia dikatakan akan menikmati gaji sebanyak 400 ribu pound per minggu jika dia menandatangani kontrak baru di Manchester United.

(ESPN)

- Advertisement -