Perlawanan pertama Liga Europa(32)antara United dan Sociedad mungkin diadakan di Italy

0

|BMU-Informasi |

Badan induk bola sepak Eropah UEFA dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memindahkan venue perlawanan Liga Europa 2020/21 32 antara Real Sociedad bertemu Manchester United di Italia.

Perlawanan yang sepatutnya akan diadakan di Anoeta, San Sebastian kini mengalami masalah setelah kerajaan Sepanyol melarang kemasukan pengunjung khususnya dari Britain.Perintah ini dilaksanakan ekoran pandemik Covid-19 yang semakin menular ke serata dunia.

Menurut Goal,beberapa tempat alternatif sedang disiapkan oleh kem Sociedad, salah satunya adalah stadium Juventus, Allianz Stadium di Turin, Itali.

Sociedad dilaporkan telah mengemukakan permintaan dengan Juventus mengenai rancangan ini.Namun,kelab itu harus menunggu izin dari persekutuan bola sepak Itali dan kerajaan Itali.

Cadangan ini dilakukan agar skuad Sociedad dan Manchester United dapat hadir ke Turin tanpa menjalani tempoh kuarantin terlebih dahulu.

Meskipun begitu terdapat berita gembira buat United dimana Peraturan kerajaan Britain memberikan pengecualian untuk atlet dan pasukan sukan.

Ini bermakna pasukan dari luar Britain tidak perlu menjalani tempoh kuarantin terlebih dahulu jika mereka memasuki England.

Oleh itu,perlawanan kedua nanti tidak akan mengalami masalah dan Stadium Old Trafford akan menjadi venue tetap.

- Advertisement -