Perkara yang boleh dilihat di atas kemenangan United 2 – 1 Derby

0

Manchester United telah bermain untuk kali pertama bagi perlawanan persahabatan pra-musim. United telah menewaskan Derby 2-1 di Stadium Pride Park dalam persembahan yang memuaskan.

Kemenangan ini tidak menjadmin kepada kejayaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris kelak. Ini telah dibuktikan ketika era Louis Van Gaal di mana pasukan United ketika itu mempamerkan aksi yang sangat memukau pada perlawanan persahabatan pra-musim. Namun pada perlawanan pertama liga mereka telah tewas kepada Swansea.

Motif utama adalah untuk memastikan pemain kekal cergas dan bersedia untuk bermain. Pengurus akan memberikan peluang kepada para pemain untuk bermain dalam perlawanan tersebut. Untuk perlawanan persahabatan semalam, Solskjaer telah memberikan 23 orang pemain bermain pada perlawanan tersebut.

Tahith Chong tidak akan bermain untuk pasukan United pada musim 2021/2022 ini kerana dia akan dipinjamkan ke Birmingham City. Perlawanan malam tadi merupakan peluang baginya untuk mempamerkan aksi yang bagus sebelum dipinjamkan.

Hasilnya, dia telah menjaringkan gol sekaligus memberikan keyakinan kepada diri dalam persiapan musim baru ini. Dia telah mengambil peluang di atas kesilapan pemain pertahanan lawan. Tahun ini pasti menjadi tahun yang penting bagi Chong ketika dia akan bermain untuk Liga Inggeris (Championship). Dia pasti akan menjaringkan gol dan mencipta ‘assists’ untuk rakan sepasukannya. Langkah perpindahan pinjaman yang baik bagi Birmingha City.

Gandingan pemain muda Dylan Levitt dan James Garner telah mengembalikan memori ketika mereka berdua bermain bersama di akademik United. Pada tahun lepas mereka telah dipinjamkan dan kali ini diberikan peluang untuk bermain dalam perlawanan persahabatan.

Kedua-dua pemain ini dilihat masih belum bersedia untuk bersaing dengan pemain utama seperti Fred, Scott dan Matic. Namun, mereka berjaya beraksi dengan baik sepanjang perlawanan sentiasa tenand di kawasan tengah United. Permintaan untuk mendapatkan pemain tersebut secara pinjaman nampak semakin meningkat. United harus membuat keputusan yang tetap mengenai masa depan 2 orang pemain ini. Garner di lihat mempunyai peluang untuk terus kekal bersama United namun peluang minit permainannya mungkin pasti akan mengecewakan.

Lain pula ceritanya bagi penjaga gol veteran United, Tom Heaton. Dia dilihat begitu selesa berada di posisi penjaga gol United sejak kembali. DIa berjaya menyelamatkan 1 percubaan berbahaya pasukan lawan pada jarak dekat. Jika salah seorang daripada penjaga gol utama United berhijrah, dia pasti akan menjadi penjaga gol no 2 United. Pengalamannya yang beraksi sebelum ini banyak membantu barisan pertahanan muda United dan persembahannya sangat bagus.

Seterusnya, Facundo Pellistri. Dia berkemungkinan akan mengikut jejak langkah Tahith Chong. Beberapa kelab telah berminat untuk mendapatkan pemain ini secara pinjaman. Pemain Uruguay ini telah memberikan aksi yang bagus dan sering kali mendapatkan sepakan percuma kepada United. Dia berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan lawan. Dia sangat selesa dan yakin dalam kawalan bolanya di sebelah sayap kanan. Pellistri berjaya menjaringkan gol cantik hasil hantaran cantik dari Shola Shoretire dan kemudiannya mengelecek pejaga gol lawan.

Ini merupakan penampilan pertamanya bersama pasukan utama United. ada memberitahu MUTV yang dia ingin terus kekal di United selepas ditanyakan mengenai pinjaman semula ke Alaves. Dia dilihat bersedia mencabar posisi sayap kanan United. Apakah keputusan Solskjaer? Menarik untuk kita lihat.

- Advertisement -