Perjalanan karier cemerlang bagi Axel Tuanzebe

0

Pemain muda United, Axle Tuanzebe telah memulakan karier cemerlang bersama United sejak tiba seusia 4 tahun dari Congo dan telah menjadi ketua pasukan United pada setiap peringkat di mana dia beraksi sebagai pemain akademik. Perjalanan pemain muda ini sangat bermakna untuk dirinya selepas impian untuk bermain dalam saingan utama liga iaitu Liga Perdana Inggeris telah tercapai.

Tuanzebe pada usia 4 tahun, bersama keluarga telah berpindah ke UK untuk memulakan permulaan hidup yang baru. Mereka tinggal di Rochdale selepas itu dan Tuanzebe belum lagi fasih berbahasa Inggeris pada ketika itu. Walau bagaimanapun, keinginan yang tinggi dari semangat seorang pemuda ini membolehkan dia kini berjaya menyara hidup keluarganya sekarang.

Dia telah masuk ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan memasang impiannya menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Tuanzebe kemudian telah menyertai pasukan akademik United pada usia 8 tahun. Pada Oktober lepas, ketika perlawanan Piala Juara-Juara Eropah, Tuanzebe yang bersuai 23 tahun ketika itu, telah mempamerkan aksi terbaik dalam kariernya selepas berjaya membuatkan Kylian Mbappe sunggul dalam menjaringkan gol.

Permulaan

Bola sepak merupakan sebahagian dalam hidupnya. United telah menghantar pegawai pemantau untuk melihat sendiri bakat pemain muda ini. Walaupun dia mempunyai masa depan yang baik dalam bola sepak, tetapi pendidikan tidak dilupakan. Dia faham dia tidak boleh berharap 100 peratus kepada bola sepak sepenuhnya. Dia telah sambung belajar di ‘St Cuthbert RC High School’ dn telah mengetuai pasukannya sekoalh berkenaan pada usia 7 tahun pada perlawanan akhir ‘English National Schools Cup’ di Stamford Bridge pada 2009. ‘Mayor of Rochdale’ telah menganugerahkannya pingat ‘Sports Boy of the Year’. Tuanzebe menjadi ‘role model’ kepada para pelajar di sana. Dia telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ‘GSCE’.

Ketua yang disegani

Pada tahun 2019, Tuanzebe begitu pantas menyerlahkan bakatnya. Dia telah menjadi ketua pasukan United ketika perlawanan Piala Liga menentang Rochdale. Dia dipilih mengatasi pemain berpengalaman seperti Paul Pogba, Segio Romero, Phil Jones dan Jesse Lingard. Dia merupakan kapten termuda selepas Norman Whiteside pada tahun 1985 dengan usia 21 tahun. ‘Tuanzebe merupakan ketua pasukan bagi masa akan datang dan dia merupakan seorang pemimpin. Saya tahu saya boleh beri lilitan ketua pasukan kepada Sergio atau Pogba, tetapi saya mahu pemain muda ini.’ kata Solskjaer

Semakin matang

Selepas berjaya membuat penampilan sebagai pemain gantian ketika United menentang Wigan di Piala FA dimana United telah menewaskan Wigan 4-0 pada tahun 2017. Dia kemudian berjaya membuat penampilan pertama dalam kesebelasan utama untuk pasukan senior dalam perlawanan menentang Arsenal. United tewas 2-0 dalam perlawanan tersebut. Tuanzebe kurang mendapat tempat kerana saingan yang begitu kuat.

Tuanzebe telah dipinjamkan ke Aston Villa di mana dia menjadi watak utama pasukan tersebut. Aston Villa telah berjaya menaiki liga pada musim tersebut setelah menjuari Liga Championship’. Dia telah kembali ke Old Trafford pada musim seterusnya dan dijangka akan bersaing tempat dalam kesebelasan utama. Tetapi kecederaan yang menimpa Tuanzebe telah mengurangkan masa untuk dia beraksi.

Walau bagaimanapun, Tuanzebe telah kembali dengan kuat selepas kecederaan yang menimpanya. Di antaranya ketika dia menjadi pilihan untuk bermain dalam perlawanan yang melibatkan pemain-pemain bintang seperti Neymar danMbappe. Itulah permainan terbaik dia pernah bermain bersama United. United telah berjaya menewaskan PSG 2-1 dalam perlawanan tersebut. Selepas perlawanan, Solskjaer berkata,’Kami tahu kami tidak mampu bersaing dalam kepantasan pemain lawan terutama ketika berhadapan pemain hebat seperti Neymar dan Mbappe. De Gea telah menyelamatkan beberapa percubaan tetapi kualiti yang Tuanzebe ada berjaya mengekak kepantasan pemain lawan.’

Proses pemain bintang pasukan England 

Walaupun Tuanzebe dilahirkan di Congo, tetapi dia telah memilih England sebagai karier bola sepak antarabangsanya. Dia memulakan karier sebagai pemain antarabangsanya pada tahun 2017 ketika membuat penampilan bersama pasukan bawah 17 tahun England menentang Mexcio. Pada tahun yang sama, dia diberi peluang untk bermain dengan pasukan bawah 20 tahun dan telah memenangi 3 daripada 4 perlawnan ‘Four Nations Tournement’. Gareth Southgate telah memantau perkembangan Tuanzebe secara teliti dan merasakan dia layak bermain bersama Harry Maguire untuk pertahanan utama United sekaligus memberikan kelebihan kepada pasukan England di atas keserasian tersebut.

- Advertisement -