Perez dedah Manchester United belum membuat tawaran rasmi untuk Varane

0

Presiden Real Madrid, Florentino Perez akhirnya telah membuka suara mengenai khabar angin yang mengaitkan Raphael Varane ke Manchester United. 

Menurut Perez buat masa ini Manchester United belum membuat tawaran rasmi untuk pemain pertahanan dari Perancis itu.

Dalam beberapa bulan terakhir, Varane dikatakan akan meninggalkan Bernabeu.Ini dapat dilihat dari keengganan pemain pertahanan itu untuk memperpanjangkan kontraknya yang akan tamat pada musim depan.

Setakat ini Manchester United dikhabarkan menjadi kelab yang paling berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan itu. Ole Gunnar Solskjaer percaya pemain pertahanan itu boleh menjadi tambahan yang bagus untuk United musim depan.

Beberapa hari yang lalu, United dilaporkan telah bergerak untuk mendapatkan Varane.Mereka dikatakan telah membuat tawaran awal untuk pemain pertahanan yang dianggap bernilai 50 juta euro.

Meskipun begitu Presiden Real Madrid, Florentino Perez membantah laporan bahawa Manchester United telah membuat tawaran untuk Varane.

Dia mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima tawaran dari mana-mana kelab untuk pemain pasukan kebangsaan Perancis.

“Kami belum menerima tawaran rasmi untuk Raphael Varane,” kata Perez, yang dilaporkan oleh Manchester Evening News.

Dalam pada masa yang sama,Perez juga tidak berani menjamin mengenai masa depan pemain ini di Bernabeu pada musim depan.

Dia menegaskan bahawa semua perbincangan mengenai masa depan Varane akan dirundingkan setelah Euro 2020.

“Dia sekarang bermain di Euro, jadi kami akan melihat apa yang terjadi.Sekiranya dia mahu meninggalkan kelab musim panas ini, maka dia akan mengatakan demikian.

Menurut khabar angin terbaru yang beredar, Real Madrid mahukan bayaran yang besar untuk Varane dengan nilai perpindahan sebanyak 80 juta Euro.

- Advertisement -