Pereira:”saya bukan muda lagi keutamaan saya hanya untuk bermain”

0

Pemain tengah United Andreas Pereira memberi kenyataan berani untuk Manchester United.Pereira menegaskan bahawa dia bukan lagi pemain muda. 

Pereira mengatakan bahawa dirinya hanya mahu menjadi pemain utama dan sentiasa membuktikan sesuatu kepada kelab.

Masa depan Pereira di United sangat diragui meskipun ia telah beraksi dengan baik pada pra-musim namun terdapat desas-desus yang mengatakan ia tidak berada dalam perancangan Ole Gunnar Solskjaer.

“Saya sudah bersedia untuk bermain kerana Saya bukan pemain yang dianggap kanak-kanak.Saya pemain yang bersedia untuk memikul tanggungjawab,” kata Pereira seperti dilaporkan oleh Sportskeeda.

“Saya percaya dengan masa bermain dan kesinambungan sebagai skuad utama dalam kedudukan saya kerana saya dapat menunjukkan apa yang telah saya lakukan di akademi.

Di akademi saya dapat menjaringkan lebih banyak gol dan membuat bantuan gol. Seseoranh pemain di posisi saya memerlukan keyakinan dan kebebasan untuk berani di atas padang . ”

“Di Manchester atau di tempat lain, waktunya telah tiba untuk bermain, sekurang-kurangnya satu jam setiap perlawanan di atas padang, mempunyai keyakinan untuk bermain. Saya ingin gembira dan ingin dianggap penting,” kata Pereira.

Dalam laporan sama Lazio tidak berminat untuk membeli Pereira secara kekal.Namun, dia mendapat tawaran yang cukup menarik dari Turki.Pereira kemungkinan akan berpindah  Turki, Fenerbahce. Pada masa ini, rundingan sedang dijalankan oleh ejennya.

“Saya menyerahkan rundingan kepada ejen saya. Sekiranya minat itu benar, adalah sesuatu yang mengembirakan untuk bercakap dengan pasukan yang berminat dan melihat projek untuk karier saya,” kata Pereira.

“Mengenai Fenerbahce, ini adalah kelab dengan orang-orang yang meminati bola sepak.Tetapi semuanya bergantung pada apa yang mereka mahukan untuk karier saya. , begitu juga kelab lain yang berminat, “kata Pereira.

Sumber: Sportskeeda

- Advertisement -