Pereira Pilih Flamengo, Tolak Everton, Pasang Impian ke Piala Dunia

0

Menurut laporan, Andreas Pereira telah memutuskan untuk bermain untuk Flamengo walaupun terdapat tawaran dari Everton untuk beliau kekal beraksi di Liga Perdana Inggeris.

51A775EC-D024-4B27-90B0-B4882AD19343

Flamengo kini harus meyakinkan United untuk menerima tawaran pinjaman kerana United mempertimbangkan untuk melepaskan Pereira secara tetap tetapi belum menerima sebarang tawaran.

E137771B-7486-4480-9C0B-8321022BDDBA

Andreas Pereira percaya bahawa sekiranya beliau bermain di Brazil, ia akan membawanya lebih dekat dengan impian besar dalam kariernya iaitu bermain dalam Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Brazil.

Kali terakhir beliau membarisi skuad Brazil adalah pada Disember 2018 menentang Arab Saudi dalam aksi persahabatan.

- Advertisement -