Pereira gembira dengan kejayaan jaringan gol pertamanya

0

Pemain United, Andreas Pereira yang dipinjamkan ke Flamengo sebuah kelab di Liga Brazil gembira dengan jaringan pertamanya bersama kelab tersebut. Jaringan itu membantu pasukannya itu membenam 3-0 Athletico Paranaense di Stadium Maracana.

Pemain berusia 25 tahun itu telah membuat larian hampir separuh padang sebelum dia dengan tenang menyempurnakan gol hasil hantaran rakan sepasukan melalui kaki kirinya. Gol yang dijaringkan Pereira merupakan gol ke-3 untuk pasukannya yang mendahului 3-0 pada separuh masa pertama perlawanan. Ini merupakan minggu terbaik bagi pemain berasal dari Brazil itu yang berjaya membantu pasukannya layak ke perlawanan akhir Piala Copa Libertadores.

‘Kerjasama dan semangat berpasukan yang begitu bagus. Saya sangat gembira dengan jaringan gol di Stadium Maracana ini. Ia merupakan impian bagi semua kanak-kanak di Brazil ini yang minat kepada bola sepak. Maracana merupakan tempat lagenda. Darah yang mengalir dalam diri saya merupakan anak jati negara Brazil dan saya sentiasa impikan detik seperti ini. Kami semua akan bekerja keras untuk mendapatkan pencapaian yang lebih baik.’

United pasti gembira dengan perkembangan semasa Pereira dan Flamengo pada ketika ini. Jika dia terus beraksi cemerlang dengan pasukan tersebut, dia pasti mendapat tempat dalam pasukan Brazil pada Piala Dunia 2022 nanti. Dalam perlawanan tersebut, dia telah membuat 89 sentuhan bola dan melengkapkan 74 hantaran daripada 78.

- Advertisement -