Pereira diintai Fenerbahce

0

Pemain tengah Manchester United, Andreas Pereira dikatakan telah diintai oleh Fenerbache sebuah kelab dari liga Turki.

Pemain berusia 25 tahun itu telah dipinjamkan ke Lazio pada musim lepas dengan tawaran pembelian. Namun Lazio tidak berminat untuk membeli Andreas Pereira dengan nilai 22.3 juta pound.

Andreas Pereira dikatakan menjadi diantara calon yang bakal dijual oleh United pada musim baru ini.

Dia telah menjaringkan gol ‘volley’ yang cantik ketika United seri 2-2 menentang Brentford untuk perlawanan persahabatan pra-musim di Old Trafford.

Selain itu, selepas membawa masuk Raphael Varane ke United, sudah tiba masanya untuk United melepaskan pemain-pemain yang tidak relevan ketika bersama United pada musim ini bagi menstabilkan kewangan.

Namun nilai Pereira masih belum ditentukan. Fenerbache akan bermain dalam kelayakan Piala Europa pada bulan hadapan sedang membuat persiapan rapi untuk menyediakan pasukan yang berkualiti pada musim ini.

Pereira menjadi watak utama dalam setiap perlawanan pra-musim disebabkan ketiadaan pemain-pemain utama seperti Paul Pogba, Fred dan Scott McTominay.

Ole Gunnar Solskjaer pasti menjadi orang yang paling sibuk dalam jendela perpindahan kali ini. Persembahan Pereira dengan jaringan cantik ketika menentang Brentford pasti tidak dapat menutup kritikan prestasinya ketika United tewas 2-4 menentang QPR.

Mungkin sudah tiba masanya untuk Pereira berlaih angin ke tempat lain. Dia telah bermain secara pinjaman di Sepanyol dan Itali pada sebelum ini dengan pelbagai posisi serta berlainan pengurus.

Dia dilihat tidak mencapai tahap yang United inginkan di bahagian tengah sama ada sebagai pemain ‘deep flying midfielder’ atau ‘attacking midfielder’. Semasa di Itali, dia tidak kerap bermain dalam kesebelasan utama Lazio. Dengan kembalinya pemain-pemain utama pada awal Ogos ini, makanya dia pasti akan dipinggirkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk dia berhijrah ke Turki untuk memulakan kariernya barunya jika Fenerbache benar-benar berminat dengan khidmat Pereira.

‘Sama ada di Manchester United atau di kelab lain, sudah tiba masanya untuk saya bermain dalam kesebelasan utama sekurang-kurangnya untuk tempoh 60 minit permainan. Saya berasa gembira untuk peranan tersebut.’ kata Pereira.

- Advertisement -