Perebutan Raphael Varane bermula

Khabar angin perebutan Varane kini menjadi semakin hangat pada minggu ini.

0 120

Man United dan Chelsea di katakan akan memulakan persaingan untuk mendapatkan pemain pertahanan antarabangsa Perancis dan Real Madrid, Raphael Varane pada hujung musim ini.

Kedua-dua pasukan ini bersedia untuk menggandakan gaji yang diterima di Real Madrid oleh pemain tersebut.

Menurut Defensa Central, Real Madrid bersedia untuk melepaskan Varane dalam bulan-bulan yang mendatang ini kerana dia enggan menandatangani kontrak baru bersama pasukan tersebut.

Presiden kelab, FLorentino Perez berharap menerima tawaran lebih dari nilai 60 juta pound untuk pemain pertahanan tersebut kerana nilai tersebut sangat mudah dikeluarkan oleh kelab-kelab dari Liga Perdana Inggeris.

Madrid percaya nilai kontrak 100 ribu pound seminggu untuk mengekalkan Varane di Bernabeu. Akan tetapi United dan Chelsea bersdia untuk menggandakan nilai tersebut dengan tawaran kontrak bernilai 200 ribu pound seminggu dengan kualiti yang dia miliki.