Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Percassi:”Rundingan kami dengan United untuk Amad Diallo berlanjutan sehingga setahun sebelum mencapai persetujuan”

Manchester United akhirnya secara rasmi mendapatkan khidmat Amad Diallo pada Hari terakhir di pasaran perpindahan musim panas 2020/2021.

Meskipun begitu The Red Devils terpaksa menunggu hampir setahun untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 18 tahun itu.

Amad Diallo dikatakan sebagai bakat hebat dalam pasukan belia Atalanta.Pemain berusia 18 tahun itu telah bermain tiga perlawanan dengan pasukan utama pada musim 2019/2020.

The Red Devils membelinya dengan harga 30 juta euro.Harga yang sangat tinggi untuk pemain berusia 18 tahun.Amad Diallo dipastikan akan menyertai dengan United pada Januari 2021 kerana masalah permit kerja.

Buat masa ini Amad Diallo belum mendapat permit kerja untuk berpindah ke United.Bersama dengan Facundo Pellistri, Amad Diallo adalah pemain muda United yang bersedia untuk projek jangka masa panjang.

Namun satu perkara yang anda semua perlu tahu sebelum berpindah ke United,Amad Diallo hampir berpindah ke Parma secara pinjaman sebelum United mendapatkanya secara rasmi.

Sebelum ini pihak Parma, melalui presiden mereka telah mengumumkan Amad Diallo sebagai pemain barunya namun terpaksa kecewa di saat-saat terakhir selepas Atalanta membatalkan perjanjian.

Ramai yang ingat bahawa United baru saja memantau Amad Diallo pada fasa terakhir pasaran perpindahan awal musim 2020/2021.Namun, menurut presiden Atalanta,  Percassi mendedahkan kelab itu sudah lama memantau pemain ini.

“Beberapa hari selepas perlawanan UEFA Youth League menentang Man City, Manchester United menghubungi kami,” kata Percassi yang dilaporkan oleh Sport Witness.

Amad Diallo membantu Atalanta menang 3-1 ke atas Man City dalam Liga Juara-Juara U-19, 22 Oktober. Pemain berusia 18 tahun itu menjaringkan satu gol dan menunjukkan prestasi yang baik dan disebabkan itu United segera menghubungi Percassi.

“Mereka mengamati perkembangan pemain ini dan selepas itu rundingan bermula.Kami terbang dua kali ke England.Teks terakhir yang disepakati adalah kontrak yang lain,” kata Percassi.

Percassi mengesahkan bahawa proses rundingan dengan Manchester United tidak diperlukan.

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum mencapai persetujuan. Pada akhirnya, dia gembira dengan tawaran yang masuk.

“Perincian dan senarionya tidak masuk akal.Selepas pertemuan demi Pertemuan, kami mengetahui segala perkara yang tidak dapat dibayangkan,” kata Percassi.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd