Perbincangan kontrak baru Pogba

0

Manchester United sedang mengadakan perbincangan bersama dengan pemain yang baru sahaja di nobatkan sebagai pemain terbaik bulanan untuk pasukan United, Paul Pogba. Situasi Pogba yang dikatakan dilihat gembira dengan prestasinya sekarang pasti mengundang rasa terharu selepas United membuat tawaran baru kepada pemain berkenaan.

Pogba mempunyai baki kontrak 16 bulan sahaja lagi. United perlu membuat keputusan sama ada menjual pemain ini atau menawarkan kontrak baru pada pemain tersebut. Jika salah satu daripadanya tidak berlaku, kemungkinan sejarah Pogba akan meninggalkan United secara percuma akan berlaku sekali lagi.

Tetapi pada awal tahun ini, kelihatan semangat dan keyakinan yang ada pada Pogba berubah, di mana Solskjaer berjaya memainkan peranan penting kepada peningkatan prestasi Pogba. Solskjaer berkata, ‘Khabar angin mengenai Pogba sentiasa ada di media luar sana. Saya dan United telah berbincang dengan Pogba secara bersemuka dan kami berbincang mengenai situasi semasa yang akan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak.’

‘Saya gembira dia fokus ketika sesi latihan dan di dalam perlawanan. Dia semakin yakin dalam kualiti yang dia ada dan anda boleh lihat Pogba bermain sebagai pemain United yang sebenar. Dia merupakan salah seorang daripada DNA United. Pogba telah bermain di United pada usia muda, dia tahu sejarah kelab ini. Semangat dan keyakinan untuk bermain dengan lencana di dana sentiasa ada dalam dirinya.’

‘Kita juga boleh lihat dia begitu ambil berat dengan keadaan rakan sepasukan. Dia juga membantu rakan sepasukan untuk memastikan kami semua berjaya membantu pasukan United.’ Kecederaan Pogba di samping kesan Covid 19 yang menimpa dirinya membuatkan dia memulakan saingan pada awal musim ini dengan perlahan. Tetapi dia telah menerima anugerah pemain terbaik bulanan untuk pasukan United.

‘Dia telah melakukan yang terbaik untuk kembalikan stamina dan persembahan permainannya. Semangat yang ditunjukkan dia telah memberi semangat kepada rakan sepasukan yang lain untuk berusaha seperti dia. kehadiran pemain baru juga telah membuatkan dirinya sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk pasukan.’

- Advertisement -