Perbandingan Gaji Pogba Berbanding Pemain Lain Dalam Skuad Perancis

0

Masa depan pemain bintang, Paul Pogba masih belum terungkai lagi. Kontraknya yang berakhir pada Jun 2022 belum diperbaharui.

Laporan BBC Sport Bulan lepas menyatakan ejen kontroversinya mahukan kontrak lumayan dari Manchester United ataupun kliennya angkat kaki ke kelab lain.

Laporan lain menyatakan yang Manchester United akan mengusulkan kontrak gaji bernilai £400 ribu seminggu kepada Pogba yang menyaksikannya penerima gaji teringgi di United selepas ini. Sekiranya tiada kontrak baru, Pogba akan pergi secara percuma pada akhir musim depan.

Jangkaan ramai Pogba akan meninggalkan Old Trafford untuk mengejar impiannya ke Real Madrid untuk memenangi trofi.

Persoalannya sekarang ini adalah wang yang menjadi impian Pogba ketika ini? Mino Raiola akan menggunakan segala langkah liciknya untuk mendapatkan ganjaran yang besar kepada Pogba.

Gaji Yang Tinggi Tapi Masih Di Belakang 2 Bintang Lain Di Perancis

Pogba merupakan antara penerima gaji yang tinggi Di Perancis tetapi masih di belakang 2 bintang lain. Business Insider melaporkan Pogba menerima gaji sebanyak 17.6 juta Euro setahun.

Bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe menerima gaji sebanyak 25.2 juta Euro setahun.

Manakala bintang Barcelona, Antoine Griezmann menerima 33.8 juta Euro setahun. Hal ini menunjukkan Pogba menerima separuh apa yang diterima Griezmann.

Sebenarnya pendapatan Pogba tidak kurang. Pogba telah lama menjadi duta kepada gergasi produk jenama sukan, Adidas. Selain itu, Pogba juga tersenarai dalam 30 atlet sukan yang berpendapatan tinggi di UK.

Sekiranya pendapatan barunya diperoleh iaitu £400 ribu seminggu bersamaan £24.2 juta setahun, Pogba masih belum dapat menyaingi gaji yang diterima Mbappe iaitu £25.2 juta.

Persoalan yang timbul ketika ini adakah wang besar yang menjadi keutamaan Pogba? Mungkin Paris Saint-Germain mempunyai kewangan Yang kukuh untuk memberikan gaji yang lebih kepada Pogba tetapi mereka tidak boleh melukakan hati Bintang utama mereka, Mbappe.

Pogba yang berusia 28 tahun ketika ini mempunyai kudrat untuk mempertaruhkan bakatnya yang hebat menjadi pemain tengah berpengaruh di Manchester United. Sebelum ini, Bruno Fernandes juga menyeru Manchester United untuk mengekalkan Pogba di Old Trafford bagi memantapkan pasukan sedia ada. Fernandes memerlukan pemain berkualiti di sekelilingnya untuk mendapatkan permainan yang mantap untuk Manchester United.

- Advertisement -