Perbandingan antara Manchester United dan Manchester City dalam pembelian pemain

0

Pemain bintang England, Jack Grealish semakin hampir untuk bersama Manchester City selepas Aston Villa dikatakan bersetuju dengan harga yang ditawarkan.

Akhbar The Mail melaporkan harga Jack Grealish mencecah sejumlah 100 juta Pound iatu rekod baru perpindahan Liga Perdana Inggeris. Ini melebihi nilai Paul Pogba ketika dibeli United pada tahun 2016 iaitu berjumlah 86 juta Pound.

Sejak 5 tahun Man City di bawah pengurusan Pep Guardiola, mereka telah melaburkan sejumlah 918 juta Pound dalam pembelian pemain.

Kemungkinan perkara ini akan diteruskan oleh Manchester City yang dikatakan dalam pemburuan pemain bintang Spurs Harry Kane yang bernilai lebih 100 juta Pound. Hal ini menunjukkan Pep Guardiola telah memaksa majikannya mengeluarkan modal melebihi 1 billion Pound dalam jangka masa 5 tahun.

Manchester United juga terlibat dalam Pembelian pemain tetapi tidaklah berbelanja seperti jirannya itu. Namun sejak 2016, United telah membelanjakan hampir 800 juta Pound.

Antara pemian yang bernilai tinggi dalam 3 musim kebelakangan ini ialah Jadon Sancho dan Harry Maguire yang bernilai 72 juta Pound dan 80 juta Pound.

Apa beza United dan City?

Manchester United telah berbelanja hampir 800 juta Pound tetapi masih kurang mencapai kejayaan sejak Sir Alex Ferguson mengundurkan diri dari pengurusan United.

Perbezaannya adalah seperti berikut. Sejak tahun 2008 sehingga 2013 iatu ketika di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson dan pengambil alihan Manchester City (MC) di bawah majikan baru, MC telah membelanjakan sebanyak 419.6 juta Pound.

Pada masa yang sama, United baru berbelanja sebanyak 70.1 juta Pound. Selepas Sir Alex Ferguson bersara, David Moyes tidak dapat meneruskan legasi yang telah ditinggalkan Ferguson.

Kedatangan Louis van Gaal ke United pula telah mengubah struktur United. United pada waktu itu memerlukan banyak pemain baru dan telah mengarahkan Ed Woodward untuk mencari pemain-pemain berkualiti yang diperlukan van Gaal. United mengeluarkan modal yang besar seperti pembelian Angel di Maria, Falcao dan lain-lain lagi.

Selepas itu, tiadanya kejayaan yang berjaya dikecapi melainkan Piala FA, United kemudian telah mengambil Jose Mourinho untuk menguruskan pasukan mereka. Apakan daya walaupun telah membeli pemain bintang seperti Paul Pogba, United masih tidak dapat memenangi Liga Perdana Inggeris. MC di bawah Pep Guardiola telah menghasilkan kejayaan dalam beberapa musim selepas membelanjakan sejumlah wang yang banyak.

Perbandingan Pembelian Dari Tahun 2008 Hingaa Sekarang

Sebelum kedatangan Jack Grealish ke MC sejak tahun 2008, MC telah berbelanja sebanyak 1.27 Billion Pound.

Kedatangan Jack Grealish telah menyebabkan MC menjual beberapa pemain seperti Angelino, Jack Harrison dan Lukas Nmecha. Oleh itu, perbelanjaan mereka kini mencecah 1.37 billion Pound.

Dalam tempoh masa yang sama, dengan kedatangan Jadon Sancho dan Raphael Varane, United telah berbelanja sebanyak 927 juta Pound.

Sekiranya MC membeli Harry Kane, jurang antara United dan MC semakin besar. Perkara yang menyedihkan, United tidak dapat berbelanja besar seperti MC kerana United merupakan sebuah kelab yang menjana kewangannya sendiri. Duit United juga terikat dengan hutang dan tidak boleh sewenang-wenangnya berbelanja mengikut nafsu.

Walaupun di bawah pengurusan Ole Gunnar Solskjaer, United telah berjaya mengatasi MC dalam beberapa siri pertemuan, tetapi United tidak dapat mengekalkan konsitensi untuk menang dengan kelab lain.

Walaupun Solskjaer sering dipersoalkan media kerana tidak memenangi apa-apa trofi, United tidak menyalahkannya. MC yang telah berbelanja mewah telah mendapatkan sebuah pasukan yang mantap tetapi United lebih berjaya apabila 2 pasukan ini bertemu. Namun United perlu mengekalkan momentum kemenangan apabila menentang pasukan bawahan bukan bermain hebat ketika berlawan pasukan hebat sahaja.

- Advertisement -