Perancis serba tidak menjadi dengan ketiadaan Mbappe

0

Pasukan Perancis seri 1-1 ketika menentang Ukraine pada hujung minggu ini. Ia merupakan perlawanan ke-5 berturut-turut mereka mencatatkan keputusan seri. Perancis yang diikat ketika perlawanan menentang Bosnia pada minggu lepas telah mencatatkan keputusan seri juga pada perlawanan menentang Switzerland, Portugal dan Hungary ketika kejohanan Euro 2020.

Juara Piala Dunia 2018 ini tidak berada dalam keadaan baik pada ketika ini. Kecederaan yang telah menimpa Kylian Mbappe, telah memberi ruang kepada pemain berkualiti lain beraksi untuk pasukan Perancis. Namun mereka tidak berjaya membantu pasukan mencapai keputusan yang baik yang seharusnya mereka perolehi.

Paul Pogba telah bermain pada setiap perlawanan dan dia merupakan pemain yang beraksi cemerlang ketika perlawanan menentang Ukraine pada hujung minggu baru ini. Perancis memperolehi jaringan penyamaan menerusi Anthony Martial. Pogba telah melakukan 107 sentuhan dan mencipta 1 peluang gol di samping melengkapkan 89% hantarannya. Dia juga telah melakukan 4 percubaan namun masih belum mampu mendapatkan kemenangan yang mereka cari-cari.

FBL-WC-2022-QUALIFIER-UKR-FRA

Pogba berkata,’Ia kesilapan kami semua, saya juga perlu bertanggunjawab dengan prestasi semasa pasukan Perancis pada ketika ini. Apabila kami bermain dengan agresif, kami bermain dengan garisan pertahanan yang tinggi, kami kelihatan begitu selesa dan kami dapat melihat perbezaannya. Kami seharusnya memanfaatkan peluang tersebut. Kami telah melakukan hadangan untuk mengelakkan daripada dibolosi, semua berjalan mengikut taktikal yang kami gunakan.’

‘Semangat ingin menang kami semakin luntur dalam beberapa perlawanan sebelum ini, dan kami perlu menghidupkan semula semangat itu.’

Walaupun Martial menjaringkan gol untuk pasukan Perancis, namun dia tidak bermain dengan baik pada malam itu. Dia telah melepaskan 3 peluang untuk menjaringkan gol. Pasukan Perancis dilihat begitu tumpul di bahagian serangan dengan ketiadaan Mbappe di bahagian serangan. Perancis akan berhadapan dengan Finland di tempat sendiri sebelum berakhirnya perlawanan antarabangsa ini.

Perancis masih berada di kedudukan selesa pada ketika ini, kemenangan ke atas Finland pasti akan menjauhkan jurang dengan pasukan ke-2. Kekalahan atau keputusan seri lagi pasti akan menjadikan malam yang ngeri bagi pasukan Perancis. Pogba pasti tidak sabar untuk mendapatkan kembali aura positif di United selepas itu. Jika Perancis menang, Pogba akan kembali dengan keadaan yang lebih bersemangat kerana minggu Piala Juara-Juara Eropah akan bermula kelak.

- Advertisement -